UPP Gagalkan Cubaan Seludup 1,200 Karton Rokok

Diterbitkan: Jumaat, 30 Ogos 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KANGAR: Unit Pencegah Penyeludupan (UPP) Kuala Perlis menggagalkan cubaan menyeludup 1,250 karton rokok dinggarkan bernilai RM183,750 dalam serbuan di kawasan pantai Kurong Tengar, dekat sini, awal pagi Khamis.

Komander UPP Perlis, DSP Zakaria Abdul Rahman berkata serbuan pada kira-kira 1.30 pagi itu berikutan hasil maklumat awam.

"Sepasukan anggota UPP Kuala Perlis membuat intipan di lokasi berkenaan dan melihat sebuah bot dalam keadaan mencurigakan yang sedang melakukan aktiviti memunggah barangan dari bot ke pantai berkenaan," katanya di sini, Jumaat.

Menurut Zakaria, selepas menyedari kehadiran UPP, pemandu bot berkenaan memecut laju ke tengah laut dan hasil pemeriksaan pihaknya menemui 1,250 karton rokok berjenama John Limited di dalam 50 kotak ditinggalkan.

Tiada sebarang tangkapan dilakukan dan rokok itu dipercayai diseludup dari Langkawi untuk diedarkan di tanah besar, katanya. -BERNAMA

iklan

Video

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Jumaat, 15 September 2017 2:00 PM

Cassidy Malu Cakap Melayu?

Jumaat, 15 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Payslip - Semangat Yang Hilang

Khamis, 14 September 2017 4:00 PM

Farida Jalal Mahu Lebih Kolaborasi Malaysia-Bollywood

Khamis, 14 September 2017 9:00 AM

Faye Kusairi Menangis Tonton Diri Sendiri

Rabu, 13 September 2017 2:00 PM

Saya Tak Jual Rupalah! - Erwin Dawson

Rabu, 13 September 2017 9:00 AM

EKSKLUSIF! Kisah Elizabeth Tan Nak Bunuh Diri

Kolumnis

iklan

Iklan