Pembantu APMT Ditahan Dipercayai Seleweng Wang BR1M

Diterbitkan: Jumaat, 30 Ogos 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

BANDAR PERMAISURI: Seorang pembantu sebuah Agensi Pembangunan Masyarakat Terengganu (APMT) ditahan untuk siasatan susulan kehilangan wang Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) yang dikeluarkan kepada seorang penerima pada 5 Jun lepas.

Suspek berusia 23 tahun itu ditahan Rabu lepas setelah pengadu berumur 33 tahun membuat laporan polis kerana gagal menunaikan baucar BR1M bernilai RM250.

Dalam laporan kepada polis, pengadu menerima baucar BR1M itu pada 5 Jun lalu tetapi apabila cuba menunaikannya di sebuah bank di Jerteh, didapati baucar itu telah pun ditunaikan.

Ketua Polis Daerah Setiu DSP Abd Rahman Raja Mohamed ketika mengesahkan perkara itu hari ini berkata pengadu membuat laporan di Balai Polis Bandar Permaisuri pada 10 Jun.

Katanya polis melalui Bahagian Jenayah Komersial menjalankan siasatan dan akhirnya berjaya mengesan suspek, dua hari lepas di Setiu.

Abd Rahman berkata hasil siasatan mendapati baucar BR1M itu telah ditunaikan suspek di Bank Simpanan Nasional Bergerak Cawangan Sungai Tarom, Bandar Permaisuri sebelum ini. -BERNAMA

iklan

Video

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 2:00 PM

“Kalaulah Diberi Watak Utama...” - Riz Amin

Khamis, 16 November 2017 9:05 AM

Tak Tipu! Rawang Bypass Memang Gayat

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Rabu, 15 November 2017 9:00 AM

Bakat Mafarikha Tersia-sia Enam Tahun

Selasa, 14 November 2017 2:00 PM

Nasi Kandar 3 Jam!

Kolumnis

iklan

Iklan