Polis Siasat Sama Ada Kes Tembak Ahli Perniagaan Ada Kaitan Kes Lain

Diterbitkan: Khamis, 29 Ogos 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUANTAN: Polis tidak menolak kemungkinan kes menyamun kereta dan menembak seorang ahli perniagaan oleh tiga lelaki berdekatan sebuah hotel di Jalan Air Putih awal pagi Rabu mempunyai kaitan dengan kes tembak seorang ahli perniagaan wanita di Jalan Haji Ahmad di sini pada 13 Ogos lepas.

Bagaimanapun Timbalan Ketua Polis Pahang, Datuk Jamaluddin Abd Majid berkata kes di Jalan Air Putih itu masih dalam siasatan dan keterangan hanya dapat diambil daripada mangsa sebaik sahaja dia sedar daripada pembedahan untuk mengeluarkan peluru di badannya.

"Polis sedang menyiasat sama ada kes yang berlaku awal pagi tadi berkait dengan kes sebelum ini (di Jalan Haji Ahmad).

"Kita akan siasat kes ini dari semua sudut sebaik sahaja keterangan dapat diambil daripada mangsa," katanya kepada pemberita di sini, Rabu.

Pada 13 Ogos lepas, seorang pengusaha kedai cermin mata nyaris maut selepas tiga das tembakan yang dilepaskan ke arahnya oleh seorang lelaki hanya terkena cermin sisi kenderaannya ketika sedang memandu sendirian di Jalan Haji Ahmad.

Manakala dalam kes yang berlaku awal pagi tadi, mangsa Lee Siew Meng, 42, seorang pembekal kipas angin dari Kuala Terengganu cedera di rusuk kiri selepas ditembak oleh salah seorang dari tiga suspek.

Kes dipercayai bermotif menyamun kenderaan, selepas kereta mangsa dilarikan.

Mangsa kini dirawat di Hospital Tengku Ampuan Afzan, Kuantan dan keadaannya dilaporkan stabil.

Jamaluddin berkata polis akan membuat lakaran wajah ketiga-tiga suspek untuk diedarkan kepada orang ramai bagi mengesan suspek. -BERNAMA

iklan

Video

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 2:00 PM

“Kalaulah Diberi Watak Utama...” - Riz Amin

Khamis, 16 November 2017 9:05 AM

Tak Tipu! Rawang Bypass Memang Gayat

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Rabu, 15 November 2017 9:00 AM

Bakat Mafarikha Tersia-sia Enam Tahun

Selasa, 14 November 2017 2:00 PM

Nasi Kandar 3 Jam!

Kolumnis

iklan

Iklan