Polis Masih Jalankan Siasatan Terperinci Kes BunuhTimbalan KP Kastam

Diterbitkan: Khamis, 29 Ogos 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Polis mendapat beberapa petunjuk positif dalam siasatan terhadap kes pembunuhan Timbalan Ketua Pengarah Kastam Datuk Shaharuddin Ibrahim pada 26 April lalu di Putrajaya.

Ketua Polis Kuala Lumpur Datuk Mohmad Salleh berkata, pihaknya masih menjalankan siasatan terperinci dan mendapat beberapa petunjuk positif berhubung kes itu. "Hasil siasatan polis setakat ini menunjukkan perkembangan positif dan saya tidak boleh memberitahu apakah siasatan yang kami lakukan secara terbuka," katanya kepada pemberita di Ibu Pejabat Polis Daerah Sentul di sini, Rabu.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas laporan sebuah portal berita yang memetik anak lelaki mangsa, Mohd Akhtar mendakwa beliau kecewa dengan layanan dingin diberikan polis ke atas siasatan kes bapanya yang masih belum mendapat sebarang keputusan.

Pada April lalu, Shaharuddin mati ditembak ketika dalam perjalanan ke pejabatnya di Putrajaya.

Dua lelaki bermotosikal melepaskan tiga das tembakan ketika kenderaan yang dinaiki Shaharuddin berhenti di persimpangan lampu isyarat dari Lebuh Sentosa ke Lebuh Wawasan pada pukul 8.15 pagi. -BERNAMA

iklan

Video

Ahad, 17 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: InTeam - Kasih Kekasih

Jumaat, 15 Disember 2017 2:27 PM

Biarlah Ia Berlalu" - Adi Putra

Jumaat, 15 Disember 2017 11:51 AM

Aksi 'Rempit' Fasha Sandha Jadi Perhatian

Jumaat, 15 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Pesawat - Luluh

Khamis, 14 Disember 2017 1:00 PM

Peminat Lega Tiada Suara 'Kepit' Sajat

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Kolumnis

iklan

Iklan