Lelaki Ditahan Disyaki Lepaskan Tembakan Ke Arah Rumah Biras

Diterbitkan: Khamis, 29 Ogos 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

BESUT: Polis menahan seorang lelaki yang disyaki melepaskan tembakan menggunakan senapang angin ke arah rumah birasnya di Kampung Gong Ubi Keling di sini Selasa.

Lelaki berusia 24 tahun itu ditahan bersama seorang rakan berumur 18 tahun yang dipercayai bersubahat dengannya, kata Ketua Polis Daerah Besut Supt Kamaruddin Mohd Zakaria.

Beliau berkata lelaki terbabit dikatakan melakukan perbuatan itu pada pukul 7 petang bagi menakut-nakutkan birasnya yang berusia 46 tahun.

"Kami menemui dua biji bebola besi yang dipercayai digunakan sebagai peluru senapang angin itu," katanya dan memberitahu polis belum menemui senapang angin yang digunakan dalam kejadian itu.

Kamaruddin percaya kejadian itu berpunca daripada masalah keluarga apabila suspek mendakwa birasnya itu cuba masuk campur dalam urusan rumah tangganya. -BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan