Polis Buru Dua Lelaki Bantu Siasatan Kes Samun Di Kuching

Diterbitkan: Rabu, 28 Ogos 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUCHING: Polis memburu dua lelaki yang dipercayai mencederakan seorang lelaki dalam kejadian samun di Jalan Main Bazaar dekat sini pagi Selasa.

Ketua Polis Daerah, Asisten Komisioner Roslan Bek Ahmad berkata, ketika kejadian pada 8.30 pagi itu, mangsa berusia 23 tahun dan teman wanitanya sedang bersiar-siar di kawasan berkenaan sebelum didatangi suspek yang mengacukan parang serta memaksa mereka menyerahkan semua barang berharga.

"Mangsa dan teman wanitanya itu terkejut dan cuba meminta bantuan orang ramai dengan menjerit meminta tolong namun gagal apabila suspek mencederakan mereka dengan menggunakan bahagian hujung parang," katanya ketika dihubungi pada Rabu.

Beliau berkata, pergelutan selama lima minit itu berakhir selepas mangsa tidak lagi berdaya melawan, dan suspek merampas wang tunai dan telefon bimbit teman wanita mangsa.

"Mangsa dan teman wanitanya kehilangan wang tunai RM150, sebuah telefon bimbit jenis Alcatel serta dokumen peribadi," katanya sambil menambah kes itu disiasat mengikut Seksyen 395/397 Kanun Keseksaan. - BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan