25 Wanita Vietnam Ditahan Dalam Ops Cantas

Diterbitkan: Rabu, 28 Ogos 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

OPS CANTAS... Anggota Polis Serdang menjalankan pemeriksaan ke atas kereta yang ditahan ketika sekatan jalanraya dalam Ops Cantas di Jalan Besar Putra Permai di Kuala Lumpur pada Rabu. -Foto BERNAMA
OPS CANTAS... Anggota Polis Serdang menjalankan pemeriksaan ke atas kereta yang ditahan ketika sekatan jalanraya dalam Ops Cantas di Jalan Besar Putra Permai di Kuala Lumpur pada Rabu. -Foto BERNAMA

KUALA LUMPUR: Polis menahan 25 wanita warga Vietnam dan seorang lelaki tempatan selaku penjaga premis dalam Ops Cantas dan Noda di sebuah pusat hiburan yang beroperasi secara haram di Puchong Jaya dekat sini lewat malam Selasa.

Pegawai Pencegahan Perjudian, Kongsi Gelap dan Maksiat (D7) Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Serdang, Inspektor Roslin Mohd Isa berkata premis itu tidak memiliki lesen perniagaan manakala ruang di dalamnya telah diubah suai dari satu tingkat menjadi dua tingkat.

"Ia diubah suai untuk menempatkan lapan buah bilik di atas dengan setiap bilik mempunyai kelas tersendiri iaitu bilik kecil, sederhana dan bilik orang kenamaan (VVIP) yang berharga antara RM388 hingga RM1,488 setiap satu. "Walaupun empat kali telah diserbu, namun mereka tidak menghiraukan arahan pihak berkuasa dan berterusan menjadikan warga asing sebagai umpan untuk menarik pelanggan ke premis tersebut," katanya ketika ditemui pemberita di tempat kejadian.

Beliau berkata selain menemani pelanggan (untuk minum), mereka juga menawarkan perkhidmatan seks di luar premis mengikut kehendak pelanggan.

"Kesemua yang ditahan berusia lingkungan 20 hingga 30 tahun yang ditahan di di bawah Seksyen 39B dan 55B Akta Imigresen kerana menyalahi syarat pasport sebagai pelancong asing," katanya sambil menambah mereka dibawa ke IPD Serdang untuk tindakan lanjut.

Selain itu, pihaknya juga turut memeriksa 40 pelanggan yang berkunjung ke premis berkenaan yang berumur antara 40 hingga 50 tahun ke atas.

Roslin menambah untuk memastikan premis itu tidak beroperasi pada masa akan datang, pihaknya akan memohon kepada agensi yang berkaitan untuk menyita premis itu.

Serbuan yang dilakukan selama dua jam bermula 10 malam itu melibatkan dua pegawai dan 11 anggota pasukan keselamatan. -BERNAMA

iklan

Video

Isnin, 25 September 2017 2:24 PM

Bersama Abby Adalah Momen Indah - Memey

Isnin, 25 September 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nadia Brian Bawa 'Beg Doraemon'

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Kolumnis

iklan

Iklan