Setiausaha Sulit Jadi Mangsa Pecah Dan Samun

Diterbitkan: Selasa, 27 Ogos 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

Cermin kereta milik Halimahton rosak teruk.
Cermin kereta milik Halimahton rosak teruk.

PETALING JAYA: Setiausaha sulit Star Publications Bhd, Halimahton Kamarulzaman menjadi mangsa kes pecah cermin kereta dan samun dalam satu insiden di Jalan Seksyen 16 di sini Selasa.

Halimahton, 41, yang bersendirian dalam keretanya disamun semasa menghentikan kereta Hyundai Matrix berwarna hitam miliknya di persimpangan lampu isyarat ketika dalam perjalanan balik kerja pada pukul 6.05 petang.

Katanya, dua lelaki menaiki sebuah motosikal menghampiri keretanya semasa berhenti di lampu isyarat

"Saya fikir lelaki itu mahu bertanya jalan kerana dia menghampiri cermin tingkap tempat duduk penumpang.

"Dia memecah tingkap kereta saya dua kali dengan topi keledar dan merosakkan sebahagian tingkap itu," katanya ketika ditemui selepas kemalangan.

Halimahton berkata, lelaki itu kemudiannya membuka pintu kereta menerusi cermin yang rosak itu.

"Dia meragut beg tangan saya. Saya cuba untuk menghalangnya tetapi sudah terlambat," katanya.

Menurut Halimahton, perompak itu mengambil wang tunai RM1,000, seutas rantai dan beberapa dokumen peribadi miliknya yang berada di dalam beg tangan tersebut.

Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Arjunaidi Mohamed mengesahkan polis menerima laporan tersebut dan sedang menyiasat insiden itu.

iklan

Video

Isnin, 20 November 2017 2:30 PM

Karier Tak Rosak - Fezrul khan

Isnin, 20 November 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nabila Razali Simpan Foto Aedy Ashraf?

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 2:00 PM

“Kalaulah Diberi Watak Utama...” - Riz Amin

Khamis, 16 November 2017 9:05 AM

Tak Tipu! Rawang Bypass Memang Gayat

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Rabu, 15 November 2017 9:00 AM

Bakat Mafarikha Tersia-sia Enam Tahun

Kolumnis

iklan

Iklan