Polis Tahan Tiga Lelaki Bantu Siasatan Kes Bunuh

Diterbitkan: Selasa, 27 Ogos 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

Timbalan Ketua Polis Kelantan Datuk Mazlan Lazim menunjukkan gambar suspek utama kes pembunuhan melibatkan senjata api di kampung Kemasin, Bachok, Februari lepas pada sidang akhbar di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kelantan, Isnin. Pihak polis sedang memburu suspek, Hatim Mohd Zin, 24, yang beralamat di Kampung Padang Lati, Bekelam, Bachok untuk bantuan siasatan kes berkenaan. Orang ramai yang mempunyai maklumat tentang suspek boleh menyalurkannya kepada balai polis terdekat. - fotoBERNAMA

KOTA BAHARU: Polis Kelantan pada Isnin menahan tiga lelaki termasuk seorang pemuda berusia 19 tahun bagi membantu siasatan kes tembakan di Kampung Kemasin, Bachok pada Februari lepas.

Timbalan Ketua Polis Kelantan Datuk Mazlan Lazim berkata mereka ditahan dalam serbuan di sebuah rumah di Kampung Telaga Mas, Rantau Panjang, Pasir Mas pada 5.45 pagi Isnin.

Ketiga-tiga suspek itu direman tujuh hari bermula hari ini bagi membantu siasatan di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh, katanya pada sidang media di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kelantan di sini.

Dalam kejadian 15 Februari itu, seorang lelaki berusia 50-an mati ditembak dan ditetak dua lelaki ketika bersarapan bersama keluarganya di sebuah warung di Kampung Kemasin.

Mazlan berkata pihaknya sedang memburu lelaki bernama Hatim Mohd Zin, 24, yang beralamat di Kampung Padang Lati, Bekelam, Bachok untuk membantu siasatan kes itu. - BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 18 Ogos 2017 8:00 AM

#akuStar: Slash - Melodi Kasih

Khamis, 17 Ogos 2017 3:02 PM

Seksi? Urusan Saya Dengan Tuhan - Zizi Kirana

Khamis, 17 Ogos 2017 12:30 PM

Erma Reda, Jatuh Talak Satu

Khamis, 17 Ogos 2017 9:00 AM

Wak Doyok Kini Bintang Filem

Rabu, 16 Ogos 2017 3:59 PM

Bahaya Tu Abang Oii...

Rabu, 16 Ogos 2017 12:30 PM

“Senyum Je Pada Haters” - Farisha Irish

Selasa, 15 Ogos 2017 3:28 PM

Raysha Rizrose Pemalu, Bukan Sombong!

Selasa, 15 Ogos 2017 11:59 AM

Keluarga 'Control' Hidup Neera Azizi?

Kolumnis

iklan

Iklan