Kematian Pemilik Restoran Nasi Kukus Bukan Bermotifkan Dendam - Polis

Diterbitkan: Selasa, 27 Ogos 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

DUNGUN: Kematian pemilik restoran nasi kukus akibat ditembak di Paka, di sini baru-baru ini bukan berunsur dendam sebaliknya bermotifkan samun, kata Timbalan Ketua Polis Terengganu Datuk Hamzah Mohd Jamil.

Beliau berkata polis kini menunggu bukti kukuh untuk memberkas suspek yang telah dikenal pasti melakukan pembunuhan itu.

"Kami minta orang ramai yang tahu dan mempunyai maklumat berhubung kes itu tampil untuk memberikan maklumat bagi mengukuhkan bukti pendakwaan," katanya kepada pemberita di sini Selasa.

Beliau berkata polis juga telah menemui beberapa petujuk positif berhubung kejadian itu.

Pada 13 Ogos lepas, Mohamad Lutpi Mansor, 50, ditemui mati dengan beberapa das tembakan di tempat letak kereta di hadapan kedai miliknya selepas pemilik restoran nasi kukus itu dikatakan keluar rumah untuk memasukkan duit hasil perniagaannya di sebuah bank di bandar Dungun.

Hamzah berkata setakat ini seramai 15 saksi termasuk anggota keluarga mangsa telah dipanggil untuk siasatan lanjut. - BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan