Kastam Kedah Rampas Dadah Bernilai RM4.98 Juta

Diterbitkan: Selasa, 27 Ogos 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

ALOR SETAR: Kastam Kedah merampas dadah jenis syabu bernilai lebih RM4.98 juta dalam serbuan ke atas sebuah bot nelayan di Sungai Kedah dekat sini Jumaat lepas.

Pengarahnya, Datuk Abd Aziz Abdul Latif berkata, rampasan seberat 26.238 kilogram itu adalah yang terbesar dibuat oleh pihaknya setakat ini.

Dengan rampasan terbaharu ini, sebanyak 84.24 kg dadah bernilai lebih RM14.648 juta berjaya dirampas Kastam Kedah setakat ini, iaitu meningkat tiga kali ganda berbanding sepanjang tahun lalu iaitu 22.78 kg dengan nilai RM6.95 juta, katanya pada sidang media di sini pada Selasa.

"Ini menunjukkan semakin banyak kes melibatkan penyeludupan dadah dilakukan," kata Abd Aziz.

Mengulas kes terbaharu itu, beliau berkata serbuan dilakukan pukul 3.30 pagi susulan maklumat awam.

"Dipercayai terdapat dua suspek di dalam bot itu tetapi selepas menyedari kehadiran bot rondaan kastam, mereka membawa bot ke kawasan bertentangan terminal feri dan berjaya melarikan diri," katanya.

Menurut Abd Aziz, pemeriksaan unit marin kastam ke atas bot itu menemukan 25 ketulan mampat dadah yang dibalut dalam empat bungkusan, disorok di bahagian tepi bot dan ditutup dengan tong ikan.

Katanya lagi, bot itu didapati didaftar di Kedah dan usaha sedang dilakukan bagi mengesan pemilik bot serta dua suspek terbabit. - BERNAMA

iklan

Video

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Jumaat, 15 September 2017 2:00 PM

Cassidy Malu Cakap Melayu?

Kolumnis

iklan

Iklan