Enam Lelaki Ditahan, Dadah Bernilai RM11.56 Juta Dirampas Di P.Pinang

Diterbitkan: Selasa, 27 Ogos 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

GEORGE TOWN: Polis berjaya menumpaskan satu sindiket pengedaran dadah selepas menahan enam lelaki dan merampas pelbagai jenis dadah bernilai RM11.56 juta dalam beberapa serbuan di sekitar Pulau Pinang pada Isnin.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik(JSJN) Bukit Aman Datuk Noor Rashid Ibrahim berkata bertindak hasil maklumat dan risikan sejak beberapa bulan lepas, sepasukan pegawai dan anggota polis JSJN Bukit Aman dengan kerjasama kontijen Pulau Pinang melancarkan Op Cantas Khas itupada pukul 5.40 petang.

"Serbuan pertama di sebuah premis di Machang Bubuk, Bukit Mertajam dekat sini berjaya menahan dua lelaki dan merampas sejumlah dadah. Susulan itu, kami menahan seorang lagi lelaki di Kubang Semang dan menemui pelbagai jenis dadah di dalam keretanya," katanya pada sidang akhbar di sini Selasa.

Beliau berkata hasil penahanan tiga lelaki itu, polis menyerbu sebuah lagi premis di Jalan Madras, George Town yang dipercayai dijadikan tempat sindiket terbabit menjalankan pembungkusan dadah dan menahan tiga lelaki.

"Berdasarkan maklumat yang diperoleh, kami menyerbu sebuah lagi premis di Jalan Macalister, George Town dan berjaya membongkar sebuah makmal haram memproses dadah jenis ecstacy dan syabu yang berselindung di belakang sebuah kelab (hiburan). Tiada tangkapan di lokasi itu," katanya.

Noor Rashid berkata hasil empat serbuan dalam tempoh 12 jam itu, polis merampas pelbagai jenis dadah bernilai RM11.56 juta dan peralatan memproses dadah.

Beliau berkata antara dadah yang dirampas ialah serbuk ecstacy (48.04 kilogram), pil ecstacy (9.29 kilogram), cecair syabu (27.8 kilogram), syabu (8.7 kilogram), heroin (20.4 kilogram), kafein (35.5 kilogram) dan pil perangsang seks (3.3 kilogram) serta bahan-bahan kimia untuk memproses dadah.

"Kami turut menyita dua kereta dan wang tunai sebanyak RM30,660. Ini merupakan kejayaan terbesar rampasan dadah di Pulau Pinang dalam tempoh tiga tahun ini.

"Semua yang ditahan berusia antara 35 dan 46 tahun dan tidak mempunyai pekerjaan. Tiga daripada mereka mempunyai rekod jenayah lampau berkaitan samun dan dadah," katanya.

Beliau berkata berdasarkan siasatan awal sindiket itu telah beroperasi sejak tahun lepas dan menjadikan beberapa kawasan di sekitar negeri ini sebagai tempat mereka menjalankan operasi memproses, membungkus dan mengedar dadah.

"Setiap lokasi yang diserbu itu menjalankan tugas berbeza seperti di Machang Bubuk hanya membungkus bekalan dadah manakala di Jalan Macalister memproses dan kumpulan lain akan mengedar bahan terlarang itu kepada pembeli mereka," katanya.

Noor Rashid berkata berdasarkan siasatan, sindiket itu mengedar dadah untuk kawasan utara dan Lembah Klang.

Beliau berkata polis sedang mengesan beberapa lagi anggota sindiket itu termasuk ketuanya yang dipercayai masih berada di sekitar Pulau Pinang. - BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan