Doktor Kerugian RM200,000 Rumah Dipecah Masuk

Diterbitkan: Selasa, 27 Ogos 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

BESUT: Seorang doktor klinik swasta di Bandar Jerteh kerugian kira-kira RM200,000 apabila rumahnya dipecah masuk di Kampung Pulau Panjang, dekat Jerteh pada tengah hari Ahad.

Ketua Polis Daerah Besut, Supt Kamaruddin Mohd Zakaria berkata kejadian dipercayai berlaku antara 10.30 pagi dan 12 tengah hari, ketika pasangan suami isteri berkenaan keluar bekerja.

"Sebaik sahaja isteri mangsa pulang kira-kira pukul 12.15 tengahari itu, beliau mendapati pintu sliding (gelongsor) hadapan rumahnya terbuka dan pintu bilik utama rumahnya dipecahkan," katanya kepada pemberita di sini, Selasa.

Kamaruddin berkata antara barangan yang hilang termasuk pelbagai jenis barangan kemas dan berlian, tiga utas jam tangan berjenama, dua komputer riba dan lapan telefon bimbit.

Katanya, hasil pemeriksaan mendapati jeriji besi pada jendela belakang rumah berkenaan telah dipotong menggunakan pemotong besi.

"Pasukan forensik dari Ibu Pejabat Polis Kontinjen Terengganu telah mengesan lima kesan cap jari yang diambil di tempat kejadian," katanya menambah polis kini giat mengesan penjenayah terlibat. BERNAMA

iklan

Video

Ahad, 17 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: InTeam - Kasih Kekasih

Jumaat, 15 Disember 2017 2:27 PM

Biarlah Ia Berlalu" - Adi Putra

Jumaat, 15 Disember 2017 11:51 AM

Aksi 'Rempit' Fasha Sandha Jadi Perhatian

Jumaat, 15 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Pesawat - Luluh

Khamis, 14 Disember 2017 1:00 PM

Peminat Lega Tiada Suara 'Kepit' Sajat

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Kolumnis

iklan

Iklan