Salah Seorang Suspek Yang Ditahan Di Tmn Syukur Jumaat Lalu Gang 08

Diterbitkan: Isnin, 26 Ogos 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

IPOH: Salah seorang daripada empat penjenayah yang ditahan polis di Taman Syukur di sini pada Jumaat selepas insiden tembak menembak telah dikenalpasti sebagai anggota Gang 08.

Ketua Polis Perak, Timbalan Komisioner Kanan, Datuk Mohd Shukri Dahlan berkata, lelaki berusia 45 tahun itu yang berasal dari sini bagaimanapun belum pernah ada rekod jenayah.

”Kami kini masih lagi menyiasat sama ada tiga lagi yang ditahan bersamanya itu yang berusia antara 34 dan 52 tahun turut menganggotai gang tertentu.

”Ketiga-tiga mereka memiliki rekod jenayah terdahulu dan berada dalam senarai suspek yang turut dikehendaki oleh kontinjen polis yang lain,” katanya kepada para pemberita di sini pada Isnin.

Menurut beliau lagi, siasatan awal polis mendapati kesemua empat suspek yang berjaya ditahan itu mempunyai kaitan dengan sindiket dadah di negeri Perak.

Pada Jumaat lalu, polis yang menerima maklumat daripada orang ramai telah menyerbu sebuah rumah dua tingkat di Taman Syukur dan mendapati ia telah diubah menjadi 'makmal dadah mini'.

Ketika serbuan dibuat, pihak berkuasa berjaya menahan dua suspek dengan serta merta manakala dua suspek lagi cuba meloloskan diri melalui bumbung.

Salah seorang suspek kemudiannya telah melepaskan beberapa das tembakan ke arah polis ketika cuba melarikan diri melalui bumbung rumah berkenaan sebelum dia terjatuh dan berjaya diberkas.

Mohd Shukri berkata, pihak polis berjaya merampas sepucuk pistol dari jenis Beretta Compact bersama tiga butir peluru 9mm daripada salah seorang suspek selain sebuah beg yang mengandungi 24 peluru, 100 rantai dadah dari jenis Eramin 5, alat memproses dadah dan sebuah kereta Proton Wira Aeroback.

Dengan penahanan itu juga, pihak polis percaya yang mereka telah berjaya menyelesaikan satu kes bunuh yang melibatkan seorang lelaki berusia 25 tahun yang ditembak mati di Kampung Simee Julai lalu.

”Kesemua mereka akan terus direman sehingga 30 Ogos ini dan akan disiasat di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana disyaki membunuh,” tegasnya.

Mereka juga kata beliau akan turut disiasat di bawah Seksyen 307 kanun yang sama, Seksyen 3 Akta Senjata Api 1971 dan Seksyen 38B Akta Dadah Berbahaya.

Sementara itu berhubung dakwaan terdapatnya aduan yang majlis rumah terbuka Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi di Bagan Datoh menerima ugutan, Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Negeri, Penolong Komisioner Kanan, Datuk Mohd Dzuraidi Ibrahim berkata, polis telah berjaya menahan dua suspek di Teluk Intan pada Ahad.

Katanya kedua-dua lelaki berkenaan telah ditahan dan disiasat di bawah Seksyen 385 Kanun Keseksaan kerana memeras ugut.

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan