Penternak Lembu Cedera Ditembak Di Sungai Petani

Diterbitkan: Isnin, 26 Ogos 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

SUNGAI PETANI: Seorang penternak lembu nyaris maut selepas ditembak ketika memandu lori yang sarat dengan muatan makanan lembu, di Sungai Division, Bukit Selambau dekat sini, Isnin.

Dalam kejadian 5 petang itu, M. Yogeswaran, 30, cedera pada jari, terkena tembakan yang dilepas oleh suspek yang membonceng motosikal.

Mangsa kini dirawat di Hospital Sultan Abdul Halim Sungai Petani, kata Ketua Polis Daerah Kuala Muda ACP Khalil Arifin kepada pemberita, di sini.

"Besar kemungkinan suspek merupakan individu yang dikenali mangsa," katanya.

Khalil berkata pihaknya percaya kejadian tiada kaitan dengan kumpulan kongsi gelap atau kes-kes tembakan yang dilaporkan berlaku sebelum ini.

Beliau berkata polis bagaimana pun masih mengumpul maklumat mengenai kejadian itu. Difahamkan dua suspek yang menunggang motosikal itu datang dari arah belakang lori yang dipandu mangsa, sebelum melepaskan tembakan ke arahnya. - BERNAMA

iklan

Video

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Isnin, 11 Disember 2017 9:00 AM

#BiziBody : De Fam Kantoi Gambar Selfie

Ahad, 10 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Aziz Harun - Jangan

Jumaat, 8 Disember 2017 10:55 PM

Abam Bocey Malu Manja Dengan Isteri Depan Kamera

Jumaat, 8 Disember 2017 8:15 PM

Malaysia Tak Diam Diri, Terus Bela Nasib Palestin

Jumaat, 8 Disember 2017 2:02 PM

Zarul Husin Takut Tua

Jumaat, 8 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Awi Rafael - Kau Di Hatiku

Khamis, 7 Disember 2017 8:00 PM

Nadzmi Adhwa Dikurung Selepas Kantoi Dadah

Kolumnis

iklan

Iklan