Kediaman Bekas Pegawai Tinggi Polis Dipecah Masuk, Lima Pekerja Asing Binaan Ditahan

Diterbitkan: Isnin, 26 Ogos 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

SHAH ALAM: Polis menahan lima pekerja binaan rakyat asing bagi membantu siasatan kejadian pecah masuk rumah bekas pengarah polis Bukit Aman bergelar Datuk di Seksyen 19 di sini, Ahad.

Kesemua suspek berusia antara 22 dan 37 tahun itu ditahan di tapak pembinaan rumah teres dua tingkat, yang terletak kira-kira 10 meter dari rumah teres dua tingkat milik bekas pegawai kanan polis itu.

Pemangku Ketua Polis Selangor Datuk A. Thaiveegan berkata mangsa menyedari kediamannya dipecah masuk sejurus tiba di rumah selepas menziarahi saudaranya di Ipoh, Perak, kira-kira 5.30 petang.

"Mangsa meninggalkan rumah pada Sabtu lepas, namun selepas pulang ke rumah petang semalam, mangsa menyedari kediamannya berselerak dan empat bilik tidur di tingkat atas telah diselongkar.

"Siasatan mendapati beberapa barangan milik bekas pengarah itu turut hilang termasuk pingat kurniaan, jam tangan, barang kemas dan komputer riba," katanya kepada pemberita selepas majlis memasang Jalur Gemilang pada kenderaan peronda polis di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Selangor, Isnin.

Berikutan kejadian itu, mangsa membuat laporan polis dan kelima-lima lelaki tanpa dokumen perjalanan diri itu ditahan beberapa jam selepas laporan dibuat.

Siasatan forensik polis di lokasi kejadian menemui sembilan kesan cap jari pada tingkap hadapan rumah berkenaan, katanya.

Terdahulu pada majlis itu, beliau menyerahkan 800 helai Jalur Gemilang untuk dipasang pada semua kenderaan peronda polis Kontinjen Selangor bagi menaikkan lagi semangat patriotisme di kalangan anggota polis. - BERNAMA

iklan

Video

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Jumaat, 15 September 2017 2:00 PM

Cassidy Malu Cakap Melayu?

Jumaat, 15 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Payslip - Semangat Yang Hilang

Khamis, 14 September 2017 4:00 PM

Farida Jalal Mahu Lebih Kolaborasi Malaysia-Bollywood

Khamis, 14 September 2017 9:00 AM

Faye Kusairi Menangis Tonton Diri Sendiri

Kolumnis

iklan

Iklan