Suami Isteri Maut Dirempuh Ketika Joging

Diterbitkan: Ahad, 25 Ogos 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

IPOH: Sepasang suami isteri maut akibat dirempuh sebuah kereta ketika sedang berjoging di Jalan Raja Dr Nazrin Shah di sini awal hari Ahad.

Mangsa Lee Woon Bin, 51, mati di tempat kejadian manakala isterinya Teh Siew Chhon, 47, disahkan mati di Hospital Raja Permaisuri Bainun.

Ketua Bahagian Ketenteraman Awam dan Trafik Daerah Ipoh DSP Wan Sharuddin Wan Omar berkata dalam kejadian 6.30 pagi itu pemandu kereta itu seorang diri dari arah bulatan berhampiran kediaman Menteri Besar, hendak pulang ke rumahnya.

"Kereta terbabit dipercayai dipandu laju sebelum terbabas dan melanggar mangsa lalu tercampak kira-kira 10 meter," katanya ketika dihubungi.

Katanya pemandu kereta itu dipercayai tidak nampak mangsa yang ketika itu sedang berjoging dari Taman Dr Seenivasagam.

"Semasa kejadian cuaca baik manakala keadaan jalan lurus dan satu jalan mempunyai lorong dua hala," katanya.

Pemandu berkenaan tidak mengalami sebarang kecederaan. - BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 24 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Harry - Abang Lori Tenonenonet

Khamis, 23 November 2017 11:18 PM

Fazura Sah Tunangan Fattah Amin

Khamis, 23 November 2017 7:36 PM

Alahai KTM! Bila Isu Tren Tergelincir Nak Selesai?

Khamis, 23 November 2017 4:00 PM

Tatang Bagai Puteri, Tapi Ini Jadinya - Harris Baba

Khamis, 23 November 2017 3:45 PM

Tak Perlu 'FB Live' Anak Berjaya UPSR - Prof Muhaya

Khamis, 23 November 2017 2:32 PM

Bayar 'Ciput', Lepak Sampai Puas

Khamis, 23 November 2017 9:00 AM

Lagu Tak Layak, Ayda Jebat Sekadar Nak Tahu Punca

Rabu, 22 November 2017 7:00 PM

"Saya Sedih, Kecewa Dengan Nabil" - Chef Wan

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Kolumnis

iklan

Iklan