Polis P.Pinang Tahan 16 Lelaki Dalam Ops Cantas

Diterbitkan: Ahad, 25 Ogos 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

GEORGE TOWN: Polis menahan 16 lelaki dipercayai aktif melakukan jenayah kekerasan seperti, peras ugut, samun bersenjata dan merusuh, dalam serbuan berasingan Ops Cantas di lapan buah rumah sekitar negeri ini, awal hari Ahad.

Timbalan Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Negeri, ACP Mohd Nasir Salleh berkata dalam operasi lapan jam berakhir pukul 4 pagi itu suspek berusia 20-an hingga 40-an ditahan reman bagi membantu siasatan mengikut Akta Pencegahan Jenayah.

"Kita telah membuat serbuan di 44 buah rumah kesemuanya dan mereka yang ditahan adalah suspek dikehendaki bagi pelbagai kes," katanya kepada pemberita di sini.

Dalam operasi yang sama beliau berkata polis turut menyerbu dua kelab malam di Komtar dan Jalan Penang serta menahan tiga lelaki warga asing yang bekerja tanpa permit selain membuat pemeriksaan air kencing terhadap 51 pengunjung pusat hiburan berkenaan.

Warga asing yang ditahan disiasat mengikut Seksyen 55B Akta Imigresen 1959 dan Peraturan 11(7) Peraturan-Peraturan Imigresen 1963 kerana menyalahguna pas lawatan sosial, katanya.

Mohd Nasir berkata polis turut menjumpai dua bilah parang panjang dalam salah sebuah pusat hiburan itu dipercayai digunakan untuk pergaduhan dan jenayah lain.

"Sekitar enam bulan kebelakangan ini beberapa peristiwa pergaduhan melibatkan senjata tajam berlaku di lokasi itu dan kita percaya parang itu sengaja disorokkan penjenayah untuk kegiatan samun dan peras ugut," katanya. - BERNAMA

iklan

Video

Khamis, 29 Jun 2017 9:00 AM

Redza Rosli Penuhi Undangan Rumah Terbuka

Rabu, 28 Jun 2017 3:30 PM

Kenapa Amyra Rosli Geram?

Rabu, 28 Jun 2017 12:00 PM

Amboi... Nabil Tak Puas Hati Dengan Skrip?

Rabu, 28 Jun 2017 9:00 AM

Lucu... Kisah Raya Floor88

Selasa, 27 Jun 2017 3:00 PM

Ardell Dah Jemu Berlakon?

Selasa, 27 Jun 2017 2:25 PM

Siti Nurhaliza Pun Naik ETS Tau!

Selasa, 27 Jun 2017 9:33 AM

Hazman dan Eryn Raya Bersama?

Isnin, 26 Jun 2017 3:00 PM

Dapat Impak Ramai Penyanyi Bernama 'Wani'

Isnin, 26 Jun 2017 9:30 AM

Selongkar Raya Zara Zya

Kolumnis

iklan

Iklan