Polis Melaka Tahan Tiga Lelaki Bantu Siasatan Kes Bunuh Gangster

Diterbitkan: Ahad, 25 Ogos 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

MELAKA: Polis Melaka menahan tiga lelaki bagi membantu siasatan berhubung pembunuhan seorang anggota Geng O8 yang juga bekas tahanan Ordinan Darurat, dalam pergaduhan di sebuah bank di Cheng, dekat sini, pada 4 Mei lepas.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Melaka ACP Raja Shahrom Raja Abdullah berkata kesemua suspek merupakan antara lapan anggota Geng 04 yang diburu berhubung kes pembunuhan itu.

"Dua daripada lelaki terbabit yang kedua-duanya berusia 19 tahun ditahan di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Melaka selepas mereka menyerah diri Khamis lepas pada kira-kira 9.30 malam.

"Seorang lagi remaja berusia 18 tahun ditahan kira-kira 9 pagi semalam di Kompleks Mahkamah Melaka sebaik sahaja dia tiba untuk menghadiri perbicaraan berkaitan kes samun," katanya kepada pemberita di sini, Sabtu.

Beliau berkata ketiga-tiga mereka yang juga anggota Geng 04 itu kini ditahan reman tujuh hari bagi membantu siasatan kes berkenaan.

Raja Shahrom berkata pihaknya kini sedang giat memburu lima lagi lelaki bagi membantu siasatan berhubung kes pergaduhan melibatkan dua kumpulan gangster itu.

Beliau berkata kelima-lima mereka adalah A. Givanatan, 24; M.P Namasivayam, 23; Aiman, 20-an; P. Sethupathi, 25; dan P. Narendranpathi, 26.

"Motif pembunuhan itu masih dalam siasatan. Mana-mana pihak yang mempunyai maklumat berhubung kes ini diminta menghubungi balai polis berdekatan," katanya.

Sementara itu, mengenai Ops Cantas Khas beliau berkata Polis Melaka telah memeriksa seramai 25 orang, sejak dilancarkan baru-baru ini.

Katanya, operasi akan dijalankan berterusan dan dipergiatkan bagi memastikan mereka yang diburu berjaya diberkas. -BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 24 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Harry - Abang Lori Tenonenonet

Khamis, 23 November 2017 11:18 PM

Fazura Sah Tunangan Fattah Amin

Khamis, 23 November 2017 7:36 PM

Alahai KTM! Bila Isu Tren Tergelincir Nak Selesai?

Khamis, 23 November 2017 4:00 PM

Tatang Bagai Puteri, Tapi Ini Jadinya - Harris Baba

Khamis, 23 November 2017 3:45 PM

Tak Perlu 'FB Live' Anak Berjaya UPSR - Prof Muhaya

Khamis, 23 November 2017 2:32 PM

Bayar 'Ciput', Lepak Sampai Puas

Khamis, 23 November 2017 9:00 AM

Lagu Tak Layak, Ayda Jebat Sekadar Nak Tahu Punca

Rabu, 22 November 2017 7:00 PM

"Saya Sedih, Kecewa Dengan Nabil" - Chef Wan

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Kolumnis

iklan

Iklan