Enam Lelaki Cedera Dalam Kejadian Tembak Di Simpang Ampat

Diterbitkan: Ahad, 25 Ogos 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

NIBONG TEBAL: Enam lelaki yang sedang minum di sebuah kedai cedera selepas terkena tembakan dan serpihan peluru dalam kejadian di Taman Kasawari, Simpang Ampat, di sini malam Jumaat.

Ketua Polis Pulau Pinang Datuk Abdul Rahim Hanafi berkata kejadian berlaku pukul 10.45 malam, apabila dua lelaki yang menaiki sebuah motosikal menghampiri dan melepaskan tembakan secara rambang ke arah kedai terbabit.

"Akibat tembakan itu, dua lelaki mengalami kecederaan pada bahagian rusuk dan punggung, manakala empat lagi luka-luka di beberapa bahagian badan akibat terkena serpihan peluru," katanya kepada pemberita di lokasi kejadian awal pagi Sabtu.

Menurut Abdul Rahim mangsa yang cedera duduk di dua buah meja paling hadapan, iaitu dua yang terkena tembakan duduk di sebuah meja, manakala empat lagi yang duduk di meja bersebelahan terkena serpihan peluru.

Mangsa yang berusia antara 20 dan 50 tahun terbabit dihantar ke Hospital Sungai Bakap untuk rawatan, katanya. "Menurut saksi yang berada di kedai berkeaan, dua lelaki yang melepaskan tembakan itu memakai topi kaledar penuh dan mereka terus memecut laju sebaik kejadian tersebut," katanya.

Abdul Rahim berkata polis tidak menolak kemungkinan kejadian ada kaitan dengan geng kongsi gelap.

"Setakat ini kita belum tahu motif sebenar kejadian, tetapi polis percaya ia mempunyai kaitan dengan geng kongsi gelap. Kita tidak akan berdiam diri dan akan cari mereka yang terlibat dalam kes ini segera," katanya.

Kes disiasat mengikut Seksyen 307 Kanun Keseksaan iaitu cubaan membunuh. - BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 15 Disember 2017 2:27 PM

Biarlah Ia Berlalu" - Adi Putra

Jumaat, 15 Disember 2017 11:51 AM

Aksi 'Rempit' Fasha Sandha Jadi Perhatian

Jumaat, 15 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Pesawat - Luluh

Khamis, 14 Disember 2017 1:00 PM

Peminat Lega Tiada Suara 'Kepit' Sajat

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Selasa, 12 Disember 2017 5:41 PM

Jom Lepak Tempat 'Best' Tapi Percuma

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Kolumnis

iklan

Iklan