Wartawan Sinar Harian P.Pinang Diragut Dalam Stesen Minyak

Diterbitkan: Sabtu, 24 Ogos 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

BUKIT MERTAJAM: Seorang wartawan akhbar Sinar Harian edisi Utara disamun seorang lelaki ketika berada dalam sebuah stesen minyak di Jalan Tenggiri, di sini, Sabtu.

Siti Nur Mas Erah Amran, 29, berkata kejadian samun itu berlaku pada 4.50 petang ketika beliau sedang menggunakan perkhidmatan wi-fi percuma di dalam stesen minyak tersebut. "Saya baru selesai membeli barang di kedai serbaneka tersebut dan duduk di meja yang disediakan untuk menyiapkan tugasan yang perlu dihantar. "Tiba-tiba, seorang lelaki bertopi keledar datang dari bahagian rak roti di belakang saya dan terus mengambil dompet yang diletakkan di atas meja sebelum melarikan diri dengan motosikal," katanya kepada pemberita selepas membuat laporan polis ini Balai Polis Seberang Jaya, di sini . Katanya kejadian itu berlaku dengan pantas dan beberapa pelanggan di dalam kedai serbaneka tidak sempat berbuat apa-apa serta gagal menghalang lelaki berkenaan.

"Nasib baik saya memegang kuat iPad di atas meja dan lelaki itu hanya sempat mengambil dompet saja.Terdapat wang tunai, kad pengenalan, lesen memandu dan beberapa kad bank di dalam dompet itu," katanya.

Beliau yang lebih mesra disapa Erah berkata, stesyen minyak itu sering dijadika tempat untuk menyiapkan tugasan kerana ia menawarkan perkhidmatan wi-fi percuma dan selesa.

Katanya beliau akan lebih berhati-hati dan menjadi kejadian itu sebagai pengajaran pada masa hadapan. "Walaupun berada di tempat tertutup dan dilengkapi dengan kamera litar tertutup (CCTV), kejadian seumpama ini boleh berlaku dan saya akan lebih berhati-hati selepas ini," katanya.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Seberang Perai Tengah ACP Azman Abd Lah ketika dihubungi mengesahkan kejadian itu dan siasatan sedang dijalankan. -BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 20 Oktober 2017 2:30 PM

Umur Dah Lanjut Pun Nak Menyanyi Lagi?

Jumaat, 20 Oktober 2017 9:00 AM

#akuStar: Irfan Haris - Pesan

Jumaat, 20 Oktober 2017 8:30 AM

Donut Untuk Sang Hero

Khamis, 19 Oktober 2017 1:00 PM

Lebih Baik Jual Album Sendiri - Firman

Khamis, 19 Oktober 2017 9:00 AM

Tudiaaa... Fesyen Mengancam Selebriti ASK2017

Khamis, 19 Oktober 2017 8:30 AM

Keringat Wanita Waja

Rabu, 18 Oktober 2017 10:52 AM

"Saya Bukan Ustaz" - Opick

Selasa, 17 Oktober 2017 2:49 PM

Video Majlis Resepsi 'Tycoon' Air Asia Tular

Selasa, 17 Oktober 2017 2:24 PM

Sabar Kakak, Benda Boleh Bincang...

Kolumnis

iklan

Iklan