Polis Banteras Kumpulan Samun Bersenjata & Pecah Kereta di Kajang

Diterbitkan: Jumaat, 23 Ogos 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Polis Kajang percaya dapat membanteras kegiatan samun bersenjata dan pecah kereta di daerah itu berikutan penahanan lapan lelaki dalam serbuan berasingan pada Rabu lepas dan pada Khamis.

Ketua Polis Daerah Kajang ACP Ab Rashid Ab Wahab berkata polis menahan tiga lelaki berumur 23 hingga 30 tahun di sebuah rumah di Taman Jasmin, Kajang Rabu lepas kerana dipercayai terbabit dalam kes samun bersenjata di sebuah rumah di Taman Desa Serdang bulan lepas.

"Dalam kejadian samun itu, pengadu mendakwa empat lelaki bersenjatakan parang dan memakai topeng serta sarung tangan memasuki rumah itu sebelum melarikan barangan kemas, wang tunai dan dua telefon bimbit," katanya pada sidang media di sini Jumaat.

Ab Rashid berkata susulan tangkapan tiga lelaki itu, polis menahan dua lagi lelaki berumur 22 dan 27 tahun di kawasan sekitar Ibu Pejabat Polis Daerah Kajang dan Bangi pada hari sama.

Antara barang yang dirampas daripada kesemua suspek, sebuah kereta Naza Citra dan sebuah Proton Putra yang dilaporkan hilang di Sungai Way, parang, beberapa utas jam tangan dan barangan kemas, katanya. Kesemua suspek yang dipercayai aktif sejak tiga bulan lepas, direman lima hari bermula semalam.

Sementara itu, dua lelaki yang cuba memecah sebuah kereta jenis Toyot Hilux di sebuah pusat kenderaan terpakai di Batu 12, Cheras, ditahan polis pada 4.20 pagi semalam.

Ab Rashid berkata polis turut merampas beberapa senjata tajam seperti parang daripada lelaki berumur 28 dan 29 tahun itu.

"Suspek berumur 29 itu memiliki tujuh rekod lampau dan dikehendaki berhubung kes samun manakala seorang lagi di bawah Langkah-Langkah Pencegahan Khas," katanya.

Katanya seorang anggota Unit Rondaan Bermotosikal (URB) turut menahan seorang lelaki yang cuba memecah sebuah kereta di Taman Mewah Kajang semalam.

Suspek berumur 36 tahun dan memiliki 13 rekod jenayah lampau termasuk curi kereta dan samun, ditahan pada 1.15 pagi.

"Polis juga merampas sebuah Proton Wira daripadanya yang dilaporkan hilang di Pudu," katanya.

Ketiga-tiga suspek itu ditahan reman lima hari mulai hari ini.-BERNAMA

iklan

Video

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 2:00 PM

“Kalaulah Diberi Watak Utama...” - Riz Amin

Khamis, 16 November 2017 9:05 AM

Tak Tipu! Rawang Bypass Memang Gayat

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Rabu, 15 November 2017 9:00 AM

Bakat Mafarikha Tersia-sia Enam Tahun

Selasa, 14 November 2017 2:00 PM

Nasi Kandar 3 Jam!

Kolumnis

iklan

Iklan