Polis Perlu Sahkan 'Petunjuk Yang Menggangu' Dengan Sanjeevan

Diterbitkan: Khamis, 22 Ogos 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: Polis perlu menemubual Pengerusi MyWatch, R. Sanjeevan bagi mengesahkan 'petunjuk menggangunya', kata Penasihat MyWatch, S. Gobi Krishnan.

"Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman Datuk Hadi Ho Abdullah berkata polis mendapat beberapa maklumat yang menggangu siasatan berkaitan kes dan perlu menemubual Sanjeevan bagi mengesahkan petunjuk tersebut," kata Gobi Krishnan kepada The Star Online.

Beliau dan ayah Sanjeevan, P. Ramakrishnan telah bertemu dengan Hadi dan Timbalannya, Datuk Mazlan Mansor serta Penolong Pengarah Bahagian Siasatan Khas Jenayah Berat (D9) Bukit Aman, Datuk Huzir Mohamed.

Pihak polis akan membuka semula kertas siasatan berhubung ugutan yang diterima Sanjeevan pada Januari tahun ini, ugutan tersebut dibuat melalui panggilan telefon yang dibuat daripada talian tetap sebuah balai polis di Jelebu.

"Pemanggil mengugut untuk menembaknya, jadi Sanjeevan membuat laporan polis. Namun kes berkenaan diklasifikasi sebagai 'Tiada Tindakan Selanjutnya (NFA)'.

"Hadi bersetuju untuk membuka semula siasatan dalam kes tersebut," kata Gobi Krishnan.

Beliau turut mempertikaikan kebenaran yang diberikan kepada enam pegawai polis untuk masuk ke dewan bedah ketika Sanjeevan sedang menjalani pembedahan.

"Hadi memberi jaminan isu tersebut akan turut disiasat," tambahnya.

Doktor dijangka akan memberi kebenaran kepada Sanjeevan untuk bercakap dengan pihak polis pada minggu depan, kerana beliau masih menjalani pemulihan selepas pembedahannya.

Pada 27 Julai lalu, Sanjeevan, 29, ditembak oleh seorang pembonceng motosikal yang berhenti di sebelah kereta BMW beliau ketika beliau menurunkan tingkap kereta untuk merokok di simpang berhampiran Taman Awana Indah di Jempol, Negeri Sembilan.

Peluru berkenaan terkena di bahagian tulang rusuk mangsa. Suspek bagaimanapun berjaya melarikan diri.

Beliau kini dirawat di Hospital Serdang selepsa dipindahkan daripada Hospital Tuanku Ja'afar di Seremban.

Polis percaya dendam merupakan motif kejadian tembak berkenaan, dengan bekas Ketua Polis Negara, Tan Sri Musa Hassan mendakwa cubaan membunuh Sanjeevan adalah disebabkan tuduhannya bahawa pihak polis terlibat dalam kes jenayah yang melibatkan kumpulan kongsi gelap dan penyeludupan dadah.

Bukan itu sahaja, muncul satu lagi kontroversi ketika Sanjeevan dirawat apabila keluarganya enggan menyerahkan peluru yang berjaya dikeluarkan daripada tulang rusuk Sanjeevan kepada polis Negeri Sembilan.

Keluarganya berkata mereka tidak percaya dengan polis negeri dan mahu Bukit Aman mengambil alih kes tersebut.

Peluru tersebut dikatakan berada di makmal forensik Cheras.

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan