Polis Kenal Pasti Ahli Kumpulan 04 Di Kedah

Diterbitkan: Khamis, 22 Ogos 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

JITRA: Polis Kedah sedang mengenal pasti saki baki anggota kumpulan kongsi gelap 04 yang bergiat aktif di negeri ini, kata Ketua Polis Kedah Datuk Ahmad Ibrahim.

Beliau berkata menerusi Ops Cantas sejak 18 Ogos lepas, pihaknya telah menahan 58 orang yang disyaki terlibat dalam kongsi gelap dan daripada jumlah itu terdapat mereka yang terlibat dalam kumpulan 04.

Ahmad berkata pihaknya akan meneruskan operasi itu di beberapa kawasan tumpuan kumpulan terbabit seperti Baling, Sungai Petani dan Kulim secara berterusan tanpa henti.

"Setakat ini polis telah buat pemeriksaan terhadap 335 orang dan 356 kenderaan.

"Sepanjang operasi itu kami buat pemeriksaan dengan teliti untuk mencari dan menahan ahli kongsi gelap ini serta telah membuka kertas siasatan terhadap 58 ahli kongsi gelap dan penjenayah yang melakukan kesalahan," katanya kepada pemberita pada operasi polis di sini awal pagi Khamis.

Ahmad berkata kebanyakan mereka yang ditahan mempunyai lebih tiga rekod pelbagai jenis jenayah. - BERNAMA

iklan

Video

Selasa, 12 Disember 2017 5:41 PM

Jom Lepak Tempat 'Best' Tapi Percuma

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Isnin, 11 Disember 2017 9:00 AM

#BiziBody : De Fam Kantoi Gambar Selfie

Ahad, 10 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Aziz Harun - Jangan

Jumaat, 8 Disember 2017 10:55 PM

Abam Bocey Malu Manja Dengan Isteri Depan Kamera

Jumaat, 8 Disember 2017 8:15 PM

Malaysia Tak Diam Diri, Terus Bela Nasib Palestin

Jumaat, 8 Disember 2017 2:02 PM

Zarul Husin Takut Tua

Jumaat, 8 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Awi Rafael - Kau Di Hatiku

Kolumnis

iklan

Iklan