Penjaga Lapan Kafe Siber Disamun

Diterbitkan: Khamis, 22 Ogos 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUANTAN: Penjaga sebuah premis kafe siber di Jalan Wong Ah Jang di sini dan lapan pelanggan premis itu disamun tiga lelaki bersenjatakan parang dan sebatang besi, semalam.

Timbalan Ketua Polis Daerah Kuantan Supt Aziz Ahmad berkata dalam kejadian 10.30 malam itu, penjaga dan pelanggan premis itu bagaimanapun tidak dicederakan.

"Ketika kejadian, lapan pelanggan lelaki berusia 20 hingga 30-an yang berada di premis berkenaan, terkejut apabila tiga lelaki terbabit yang menutup muka sambil memegang dua bilah parang dan sebatang besi meluru masuk ke dalam premis. "Seorang daripada suspek kemudiannya menghampiri penjaga lelaki premis berkenaan lalu mengacukan parang sambil mengarahkan mangsa membuka laci di kaunter wang," katanya kepada Bernama di sini, Khamis.

Kesemua suspek melarikan diri selepas turut menyamun pelanggan premis itu dan jumlah kerugian dianggarkan RM800. -BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 20 Oktober 2017 2:30 PM

Umur Dah Lanjut Pun Nak Menyanyi Lagi?

Jumaat, 20 Oktober 2017 9:00 AM

#akuStar: Irfan Haris - Pesan

Jumaat, 20 Oktober 2017 8:30 AM

Donut Untuk Sang Hero

Khamis, 19 Oktober 2017 1:00 PM

Lebih Baik Jual Album Sendiri - Firman

Khamis, 19 Oktober 2017 9:00 AM

Tudiaaa... Fesyen Mengancam Selebriti ASK2017

Khamis, 19 Oktober 2017 8:30 AM

Keringat Wanita Waja

Rabu, 18 Oktober 2017 10:52 AM

"Saya Bukan Ustaz" - Opick

Selasa, 17 Oktober 2017 2:49 PM

Video Majlis Resepsi 'Tycoon' Air Asia Tular

Selasa, 17 Oktober 2017 2:24 PM

Sabar Kakak, Benda Boleh Bincang...

Kolumnis

iklan

Iklan