Lelaki Tempatan Ditahan Cuba Baharui Pasport Guna Gambar Warga Asing

Diterbitkan: Khamis, 22 Ogos 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

MELAKA: Seorang lelaki tempatan ditahan Jabatan Imigresen Melaka kerana cuba memperbaharui pasport antarabangsa menggunakan gambar seorang lelaki warga Sri Lanka yang mempunyai rupa paras seakan dirinya.

Pengarahnya Kamalludin Ismail berkata lelaki berusia 27 tahun itu ditahan pada 11 pagi semalam ketika berurusan di kaunter pejabat Imigresen Ayer Keroh di sini setelah kakitangan imigresen mendapati terdapat sedikit kelainan pada wajah dan gambar yang disertakan.

Beliau berkata hasil siasatan lanjut mendapati lelaki itu dijanjikan bayaran sebanyak RM2,000 oleh lelaki warga Sri Lanka terbabit bagi melakukan perbuatan itu. "Lelaki terbabit mengaku pertama kali melakukan kegiatan itu," katanya pada sidang akhbar di sini, Khamis.

Katanya pihaknya sedang mengesan lelaki warga asing terbabit serta melakukan siasatan terperinci termasuk tujuan lelaki itu ingin menggunakan pasport berkenaan.

Dalam kes berasingan, seramai 15 wanita pelayan pelanggan (GRO) serta dua lelaki tempatan sanggup berhimpit di dalam sebuah bilik rahsia di sebuah pusat hiburan bagi mengelak ditahan Jabatan Imigresen Melaka.

Kamalludin berkata dalam serbuan pada 9.45 malam semalam di pusat hiburan di Taman Melaka Raya di sini, pihaknya mengesan sebuah bilik rahsia yang terletak di bawah tangga premis itu dengan pintunya berada di belakang sebuah sofa bagi mengaburi mata pihak berkuasa.

"Setelah diperiksa pihak Imigresen menemui kesemua mereka yang berhimpit di dalam bilik sebesar 6x7 kaki persegi itu," katanya.

Beliau berkata wanita yang terdiri daripada 12 warga Vietnam dan tiga warga China itu kemudian ditahan bersama dua lelaki yang dipercayai pelanggan GRO selain dua lagi lelaki yang merupakan pekerja di premis itu.

Katanya keempat-empat lelaki terbabit ditahan mengikut Seksyen 56(1)(d) Akta Imigresen 1959/63 kerana memberi perlindungan kepada pendatang tanpa izin. -BERNAMA

iklan

Video

Isnin, 20 November 2017 7:37 PM

Pakatan Dalam Misteri - Tun M

Isnin, 20 November 2017 2:30 PM

Karier Tak Rosak - Fezrul khan

Isnin, 20 November 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nabila Razali Simpan Foto Aedy Ashraf?

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 2:00 PM

“Kalaulah Diberi Watak Utama...” - Riz Amin

Khamis, 16 November 2017 9:05 AM

Tak Tipu! Rawang Bypass Memang Gayat

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Kolumnis

iklan

Iklan