Empat Lelaki Bersenjata Parang Pecah Masuk Rumah Kedai Di Cameron Highlands - Berita Jenayah | mStar

Empat Lelaki Bersenjata Parang Pecah Masuk Rumah Kedai Di Cameron Highlands

Diterbitkan: Khamis, 22 Ogos 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUANTAN: Seorang pemilik kedai runcit kerugian RM88,000 selepas disamun empat lelaki bertopeng bersenjatakan parang di rumah kedai miliknya di Bertam Valley dekat Cameron Highlands.

Kejadian pada pukul 4 pagi itu disedari S. Umadevi, 23, yang terjaga daripada tidur selepas terdengar bunyi bising, kata Ketua Polis Daerah Cameron Highlands DSP Wan Zahari Wan Busu.

"Wanita itu terkejut lalu menjerit apabila ternampak seorang lelaki berpakaian hitam dan bertopeng meluru kepadanya dan mengacukan sebilah parang.

"Suspek mengarahkan mangsa diam selain bertindak mengumpulkan tiga lagi anggota keluarga mangsa di dalam sebuah bilik sebelum menggeledah rumahnya," katanya.

Beliau berkata suspek melarikan barang-barang berharga dan barang kemas bernilai kira-kira RM88,000 dengan van milik wanita itu yang kemudian ditemui ditinggalkan di tepi jalan di Batu 4, Jalan Pahang-Tapah, Perak.

Sehubungan itu, polis meminta orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai kejadian itu supaya menghubungi balai polis berhampiran bagi membantu siasatan. - BERNAMA

   

iklan

Video

Selasa, 17 Julai 2018 6:18 PM

'Penyamun terbang' maut dalam kereta curi

Khamis, 12 Julai 2018 1:05 PM

Lempang pelajar ikut suka hati

Selasa, 10 Julai 2018 6:39 PM

Nak 'gugur jantung' tengok pakcik ini memandu

Selasa, 10 Julai 2018 3:06 PM

Pengasuh pijak, hempas anak jagaan

Isnin, 9 Julai 2018 5:30 PM

Ragam si meow & bola!

Jumaat, 6 Julai 2018 5:39 PM

Tak sanggup tengok mayat mangsa kemalangan

Jumaat, 6 Julai 2018 12:48 PM

Durian buah untuk orang kaya?

Kolumnis

iklan

Iklan