Isu Surau: Pemilik Resort Warga Singapura Beri Kenyataan Kepada MAIJ

Diterbitkan: Isnin, 19 Ogos 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

JOHOR BARU: Pemilik resort warga Singapura yang membenarkan surau di pusat peranginannya di Tanjung Sedili digunakan sebagai tempat sembahyang masyarakat Buddha kini disoal siasat oleh Majlis Agama Islam Johor (MAIJ).

Pemilik resort yang hanya dikenali sebagai Ahmad tiba di bangunan MAIJ pada pukul 9.30 pagi untuk merekod kenyataannya.

Lelaki berusia 45 tahun sebelum ini memiliki taraf penduduk tetap Malaysia namun ia ditarik balik oleh kerajaan Malaysia ekoran perbuatannya melanggar kesucian agama Islam turut menerima bantahan daripada penduduk Tanjung Sedili Besar berhubung insiden yang berlaku.

Dia dibebaskan dengan jaminan polis dan kertas siasatan kini telah diserahkan kepada Pejabat Peguam Negara.

Sekumpulan pelancong yang mahu menggunakan surau berkenaan terkejut apabila melihat ada satu lagi kumpulan penganut agama Buddha sedang bersembahyang dalam surau berkenaan ketika kejadian itu berlaku.

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan