64 Warga Asing Fitahan Jabatan Imigresen Melaka

Diterbitkan: Isnin, 19 Ogos 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

MELAKA: Seramai 64 warga asing termasuk tujuh wanita warga Vietnam dipercayai pelayan pelanggan (GRO), ditahan Jabatan Imigresen Melaka atas pelbagai kesalahan dalam 16 serbuan di sembilan lokasi di daerah Melaka Tengah malam Ahad.

Pengarah jabatan berkenaan Kamalludin Ismail berkata kesemua GRO berusia antara 25 hingga 30 tahun itu ditahan di sebuah bengkel kereta yang diubah suai menjadi pusat hiburan di Malim di sini.

"Ketika ditahan, kesemua wanita tersebut sedang melayan 10 pelanggan yang berada di premis yang dipercayai telah beroperasi kira-kira tiga bulan lepas," katanya kepada pemberita dalam sidang akhbar di sini Isnin.

Beliau berkata kesemua wanita itu melakukan kesalahan melanggar syarat pas, permit atau sempadan pas dan disyaki turut menawarkan perkhidmatan tidak bermoral kepada pelanggan di luar premis terbabit.

Sementara itu, sepasang suami isteri warga Kemboja bertindak melarikan diri dan meninggalkan anak perempuan mereka berusia empat tahun bagi mengelak ditahan anggota Imigresen di sebuah rumah di Taman Bukit Rambai pada 12 tengah malam tadi.

Kamalludin berkata pasangan berusia 30-an yang bekerja sebagai tukang jahit dan pekerja ladang itu bagaimanapun berjaya ditahan berhampiran rumah didiami mereka.

"Siasatan awal mendapati wanita tersebut dipercayai tinggal di negara ini setelah tamat tempoh sah permit kira-kira tujuh bulan manakala suaminya ditahan kerana sengaja memberi perlindungan kepada isterinya," katanya.

Beliau berkata di lokasi sama, dua wanita warga Indonesia berusia 30-an yang sarat mengandung turut ditahan berasingan di dua buah rumah kerana dipercayai masuk dan tinggal di negara ini tanpa pas atau permit sah.

Katanya 52 lagi warga asing termasuk seorang bayi dan dua kanak-kanak turut ditahan dalam operasi yang bermula 12 tengah hari semalam dan berakhir 6 pagi Isnin.

Beliau berkata kesemua mereka yang ditahan kerana melakukan pelbagai kesalahan di bawah Akta Imigresen 1959/63 itu dibawa ke Depoh Tahanan Imigresen Machap Umboo di sini untuk siasatan lanjut. - BERNAMA

iklan

Video

Isnin, 11 Disember 2017 9:00 AM

#BiziBody : De Fam Kantoi Gambar Selfie

Ahad, 10 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Aziz Harun - Jangan

Jumaat, 8 Disember 2017 10:55 PM

Abam Bocey Malu Manja Dengan Isteri Depan Kamera

Jumaat, 8 Disember 2017 8:15 PM

Malaysia Tak Diam Diri, Terus Bela Nasib Palestin

Jumaat, 8 Disember 2017 2:02 PM

Zarul Husin Takut Tua

Jumaat, 8 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Awi Rafael - Kau Di Hatiku

Khamis, 7 Disember 2017 8:00 PM

Nadzmi Adhwa Dikurung Selepas Kantoi Dadah

Rabu, 6 Disember 2017 2:00 PM

"Makin Ramai Nak Taja Saya" - Wany Hasrita

Kolumnis

iklan

Iklan