Polis Temubual Jiran Dr Wee, Yakin Kenal Pasti Dalang 'Helikopter Pengintip'

Diterbitkan: Ahad, 18 Ogos 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Polis telah menemubual jiran kepada Ketua Pemuda MCA Datuk Dr Wee Ka Siong atas penemuan aktiviti yang disyaki pengintipan di kawasan kejiranan mereka.

Dr Wee berkata, jiran-jiran beliau memberitahu bahawa temu bual itu diadakan pada Jumaat - hari yang sama beliau membuat laporan polis dan mengadakan sidang akhbar mengenai penemuan 'hexacopter' kawalan jauh di bumbung balkoni rumah jirannya di Bukit Tiara, Cheras pada 8 Ogos lalu.

Rakaman yang diambil melalui kamera video, yang diletakkan pada 'hexacopter', menunjukkan bahawa sasaran adalah rumah Dr Wee dan juga jirannya.

Dr Wee berkata Persatuan Penduduk Bukit Tiara "amat prihatin" tentang apa yang telah berlaku.

Beliau berkata, Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Dr Zahid Hamidi juga telah memberi jaminan bahawa polis akan menjalankan siasatan terperinci terhadap perkara itu.

Dr Wee, isteri dan dua anak mereka tinggal di banglo itu, yang dibeli pada harga RM1.8 juta dengan pinjaman perumahan RM1.4 juta.

Di Cyberjaya, Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar berkata polis sedang mengkaji 'footages' dari hexacopter.

"Ia masih terlalu awal, tetapi kita yakin dapat mengenal pasti dalangnya," katanya kepada pemberita selepas melancarkan program Desa Selamat, Sabtu.

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan