Ibu Bapa Disyaki Dera Anak Lima Tahun Direman Tiga Hari

Diterbitkan: Ahad, 18 Ogos 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

Pasangan suami isteri disyaki dera anak direman tiga hari.
Pasangan suami isteri disyaki dera anak direman tiga hari.

IPOH: Ibu bapa kepada kanak-kanak perempuan berusia lima tahun yang kini dirawat di Unit Rawatan Rapi, Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB) di sini direman selama tiga hari.

Pada Sabtu, Majistret Rahimah Rahim mengeluarkan perintah reman selama tiga hari yang berakhir pada Isnin di mahkamah Majistret di sini.

Sambil mengesahkan polis telah mendapat perintah reman tiga hari terhadap ibu dan bapa kanak-kanak itu, Ketua Polis Daerah Ipoh, Asisten Komisioner Sum Chang Keong berkata kes itu disiasat di bawah Seksyen 325 Kanun Keseksaan kerana melakukan seksaan dengan sengaja sehingga cedera parah.

Bapa kanak-kanak perempuan itu dilaporkan telah membawa anaknya itu ke HRPB di sini selepas rebah akibat demam panas pada Khamis.

Kanak-kanak itu mempunyai kesan rotan, lebam dan luka di seluruh badan dan kepala.

Melihat keadaan itu, doktor yang merawatnya membuat laporan polis di pondok polis hospital berkenaan yang membawa kepada penahanan kepada ibu dan bapa kanak-kanak itu di rumah mereka di Taman Wang, Menglembu di sini, keesokan harinya.

Difahamkan, wanita berusia 30 tahun itu tidak tahan dengan kerenah anak perempuannya itu yang dikatakan terlalu nakal mengakibatkan dia mengambil tindakan memukulnya.

Jiran pasangan terbabit mengambil sikap berdiam diri ketika didekati The Star.

Mereka bagaimanapun mendedahkan bahawa kanak-kanak itu seorang yang pendiam.

"Saya terdengar dari jiram-jiran bahawa kanak-kanak itu sering mencederakan dirinya dengan menghantukkan kepala ke dinding.

"Tapi saya tidak pernah melihatnya dengan mata sendiri," kata salah seorang jiran pasangan terbabit.

Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Wanita, Keluarga, Kebajikan Masyarakat dan Integrasi Nasional, Datuk Rusnah Kassim ketika dihubungi berkata, dua lagi anak pasangan terbabit berusia tujuh dan dua tahun kini berada dalam perlindungan Jabatan Kebajikan negeri.

"Mereka kini dibawah perlindungan jabatan kebajikan.

"Kedua-dua mereka ditempatkan di rumah perlindungan kanak-kanak dan berada dalam keadaan selamat.

"Namun mereka kelihatan trauma akibat insiden itu," katanya.

iklan

Video

Jumaat, 24 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Harry - Abang Lori Tenonenonet

Khamis, 23 November 2017 11:18 PM

Fazura Sah Tunangan Fattah Amin

Khamis, 23 November 2017 7:36 PM

Alahai KTM! Bila Isu Tren Tergelincir Nak Selesai?

Khamis, 23 November 2017 4:00 PM

Tatang Bagai Puteri, Tapi Ini Jadinya - Harris Baba

Khamis, 23 November 2017 3:45 PM

Tak Perlu 'FB Live' Anak Berjaya UPSR - Prof Muhaya

Khamis, 23 November 2017 2:32 PM

Bayar 'Ciput', Lepak Sampai Puas

Khamis, 23 November 2017 9:00 AM

Lagu Tak Layak, Ayda Jebat Sekadar Nak Tahu Punca

Rabu, 22 November 2017 7:00 PM

"Saya Sedih, Kecewa Dengan Nabil" - Chef Wan

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Kolumnis

iklan

Iklan