Rangka Manusia Dijumpai Orang Asli Di Gombak - Berita Jenayah | mStar

Rangka Manusia Dijumpai Orang Asli Di Gombak

Diterbitkan: Sabtu, 17 Ogos 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Satu rangka manusia ditemui seorang penduduk Orang Asli di hutan Batu 16, Jalan Gombak di sini pada kira-kira 1.05 tengah hari.

Timbalan Ketua Daerah Polis Gombak Superintendan Khoo Leng Huat berkata rangka itu ditemui dalam sebuah beg hitam ketika Orang Asli berkenaan mencari pisang. "Kami bergegas ke tempat penemuan rangka itu setelah dimaklumkan, dan mendapati satu rangka manusia yang sudah reput.

"Hanya terdapat benang berwarna biru dan sepasang stokin lelaki berwarna kelabu bersama rangka itu," katanya kepada pemberita pada Jumaat. - BERNAMA

   

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan