Polis Temui Lima Senjata Api Dalam Serbuan Di Nilai

Diterbitkan: Sabtu, 17 Ogos 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

SEREMBAN: Polis memberkas seorang lelaki dan merampas lima senjata api serta satu senapang panah dalam serbuan di sebuah rumah di Taman Enstek, Nilai, dekat sini Jumaat.

Menurut jurucakap polis, serbuan pukul 11 pagi itu pada asalnya berhubung narkotik namun pemeriksaan oleh pasukan polis daripada bahagian narkotik Ibu Pejabat Polis Daerah Nilai di rumah berkenaan, menemukan dua laras senapang patah, dua laras mesingan, sepucuk pistol dan satu senapang panah.

"Polis juga menemui beberapa butir peluru hidup," katanya di sini Sabtu.

Katanya polis juga menemui sekotak rokok mengandungi dadah jenis syabu dipercayai milik lelaki tempatan berusia 35 tahun itu.

Menurutnya polis sedang menyiasat motif lelaki itu menyimpan senjata terbabit.

"Kita juga sedang menyiasat sekiranya ada individu lain yang terlibat selain kaitan suspek dengan kes jenayah di negeri ini," katanya.

Katanya suspek kini ditahan reman selama seminggu bermula semalam dan kes itu disiasat mengikut Seksyen 7 Akta Senjata Api 1971 (Penalti Lebih Berat).

Sementara itu, Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik negeri Supt Baharom Othman ketika dihubungi mengesahkan kejadian. - BERNAMA

iklan

Video

Selasa, 21 November 2017 5:42 PM

Apa Terjadi Dengan Wartawan mStar?

Selasa, 21 November 2017 2:13 PM

Selepas Setahun Amira Othman 'Tidur'

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Isnin, 20 November 2017 7:37 PM

Pakatan Dalam Misteri - Tun M

Isnin, 20 November 2017 2:30 PM

Karier Tak Rosak - Fezrul khan

Isnin, 20 November 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nabila Razali Simpan Foto Aedy Ashraf?

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Kolumnis

iklan

Iklan