Pengusaha Salon Mati Ditikam Selepas Disamun

Diterbitkan: Sabtu, 17 Ogos 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

JOHOR BARU: Seorang pengusaha salun kecantikan ditemui mati dengan berlumuran darah di premisnya di Taman Bukit Indah di sini selepas disamun sepasang lelaki dan wanita yang menyamar sebagai pelanggan.

Timbalan Ketua Polis Daerah Nusajaya DSP Razak Md Said berkata dalam insiden pada kira-kira 11.30 pagi itu, mangsa, 39, ditemui terbaring oleh pekerjanya dengan kesan tikaman di perut serta kelaran di pergelangan tangan dan leher.

"Mangsa berada dalam kedai itu bersama dua pekerja dan dua pelanggan sebelum suspek tiba-tiba masuk dan berjumpa dengan mangsa.

"Difahamkan selepas itu, terjadi satu pertengkaran membabitkan mangsa dan suspek yang mana ia turut didengari pekerja mangsa yang ketika itu berada dalam bilik untuk melayan pelanggan," katanya ketika dihubungi Sabtu.

Beliau berkata pekerja mangsa kemudian mengesyaki sesuatu telah berlaku apabila keadaan tiba-tiba senyap dan menemui majikannya dalam keadaan terbaring berlumuran darah di ruang depan kedai.

Siasatan awal mendapati barangan berharga mangsa seperti dua telefon bimbit, komputer riba serta wang tunai hilang dan polis kini menjalankan operasi bagi mengesan suspek, dipercayai berusia lingkungan 20-an, bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.

Orang ramai yang mempunyai maklumat berhubung kejadian diminta menghubungi balai polis berhampiran bagi membantu siasatan. - BERNAMA

iklan

Video

Khamis, 23 November 2017 11:18 PM

Fazura Sah Tunangan Fattah Amin

Khamis, 23 November 2017 7:36 PM

Alahai KTM! Bila Isu Tren Tergelincir Nak Selesai?

Khamis, 23 November 2017 4:00 PM

Tatang Bagai Puteri, Tapi Ini Jadinya - Harris Baba

Khamis, 23 November 2017 3:45 PM

Tak Perlu 'FB Live' Anak Berjaya UPSR - Prof Muhaya

Khamis, 23 November 2017 2:32 PM

Bayar 'Ciput', Lepak Sampai Puas

Khamis, 23 November 2017 9:00 AM

Lagu Tak Layak, Ayda Jebat Sekadar Nak Tahu Punca

Rabu, 22 November 2017 7:00 PM

"Saya Sedih, Kecewa Dengan Nabil" - Chef Wan

Selasa, 21 November 2017 5:42 PM

Apa Terjadi Dengan Wartawan mStar?

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Kolumnis

iklan

Iklan