Laporan Polis Terhadap Ngeh Berhubung Kenyataan Berkaitan Petisyen P/Raya - Berita Jenayah | mStar

Laporan Polis Terhadap Ngeh Berhubung Kenyataan Berkaitan Petisyen P/Raya

Diterbitkan: Sabtu, 17 Ogos 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

IPOH: Seorang pengundi di kawasan Parlimen Ipoh Barat membuat laporan polis terhadap Pengerusi DAP Perak Datuk Ngeh Koo Ham berhubung kenyataannya yang didakwa berbaur hasutan mengenai petisyen pilihan raya yang ditolak Mahkamah Pilihan Raya.

Ahmad Faizal Jaafar, 37, berkata laporan polis itu dibuat kerana kenyataan tersebut dilihat satu cubaan memperlekehkan sistem kehakiman negara.

"Pada pandangan saya, kenyataan tersebut boleh mendatangkan kekeliruan dan persepsi negatif terhadap sistem kehakiman yang menjadi tunjang keharmonian negara," katanya kepada pemberita selepas membuat laporan di Balai Polis Sungai Senam, di sini.

Ngeh dalam laman Twitternya baru-baru ini dikatakan membuat kenyataan berbunyi "Courts the place to hear election grievances, if they refuse to hear they are sending a message to aggrieved parties to go to the streets."

(Mahkamah tempat mendengar aduan pilihan raya, jika mereka enggan mendengar, mereka menghantar isyarat kepada pihak pengadu supaya turun ke jalan raya). -BERNAMA

   

iklan

Video

Selasa, 17 Julai 2018 6:18 PM

'Penyamun terbang' maut dalam kereta curi

Khamis, 12 Julai 2018 1:05 PM

Lempang pelajar ikut suka hati

Selasa, 10 Julai 2018 6:39 PM

Nak 'gugur jantung' tengok pakcik ini memandu

Selasa, 10 Julai 2018 3:06 PM

Pengasuh pijak, hempas anak jagaan

Isnin, 9 Julai 2018 5:30 PM

Ragam si meow & bola!

Jumaat, 6 Julai 2018 5:39 PM

Tak sanggup tengok mayat mangsa kemalangan

Jumaat, 6 Julai 2018 12:48 PM

Durian buah untuk orang kaya?

Kolumnis

iklan

Iklan