Syabu Ditemui Dalam Dompet Pegawai Polis Terbabit Kemalangan

Diterbitkan: Jumaat, 16 Ogos 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUANTAN: Sejumlah serbuk dan ketulan kristal dipercayai syabu ditemui dalam dompet seorang pegawai kanan polis yang cedera parah dalam kemalangan jalan raya di sini, Khamis.

Serbuk dan ketulan kristal seberat 0.8 gram itu ditemui pihak hospital ketika pegawai berkenaan dirawat di Hospital Tengku Ampuan Afzan Kuantan (HTAA) di sini, kata sumber polis. "Paket plastik lutsinar berisi serbuk dan ketulan kristal yang disyaki syabu itu telah diserahkan petugas hospital kepada pihak polis Ibu pejabat Polis Daerah Kuantan pada 12 tengah hari semalam. "Siasatan awal mendapati barang kes itu dijumpai pada dompet pegawai polis berkenaan yang bertugas di negeri ini," kata sumber itu kepada Bernama di sini, Jumaat.

Menurut sumber itu Bahagian Tatatertib Polis Pahang telah diarah memulakan siasatan terhadap kes berkenaan. Sementara itu, Pegawai Penguatkuasa Tadbir/Trafik Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Pahang ASP Zainalabidin Othman berkata pegawai berkenaan cedera parah apabila kereta yang dipandunya melanggar belakang lori treler membawa muatan konkrit di Jalan Kuantan By Pass pada pukul 7 pagi semalam.

Ketika kejadian pegawai berkenaan dalam perjalanan dari Kuantan menghala ke Gebeng. "Pegawai itu cedera parah...mengalami pendarahan pada bahagian dalaman perut dan patah lutut kiri," katanya. -BERNAMA

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan