Lelaki Ditahan Bantu Siasatan Kes Tikam Mati Pemuda Sarawak

Diterbitkan: Jumaat, 16 Ogos 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Seorang pemuda yang disyaki menikam mati rakan sekampungnya ekoran selisih faham di tahan di hadapan sebuah bank di Pandan Indah di sini, Jumaat.

Lelaki berusia 26 tahun itu ditahan pada pukul 2 petang hasil maklumat orang ramai, kata Timbalan Ketua Polis Daerah Subang Jaya Supt Tan Ah Chua.

"Hasil maklumat awam, kami membuat pemerhatian selama 10 minit di hadapan bank itu sebelum melihat suspek yang juga rakan serumah mangsa," katanya ketika dihubungi Bernama pada Jumaat.

Dalam kejadian di kawasan perindustrian Taman Puchong Utama, Rabu lepas, Maurice Agang Yahya, 22, dari Sarawak mati ditikam dalam satu pertengkaran. Dia sebelum itu dikatakan minum minuman keras bersama lima rakannya. -BERNAMA

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan