Dua Warga Colombia Ditahan Disyaki Terbabit Dalam Kes Pecah Rumah

Diterbitkan: Jumaat, 16 Ogos 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

SHAH ALAM: Polis menahan dua lelaki warga Colombia yang dipercayai terlibat dalam beberapa kes pecah rumah di sekitar Putra Heights, Subang Jaya.

Pemangku Ketua Polis Selangor, Datuk A.Thaiveegan berkata kedua-dua mereka yang berumur 31 dan 36 tahun diberkas sepasukan anggota Unit Kereta Peronda polis kira-kira pukul 7 petang di Seksyen 28 di sini dua hari lepas.

Beliau berkata ketika ditahan, polis menemui pelbagai peralatan yang dipercayai digunakan untuk jenayah pecah rumah seperti sarung tangan dan penutup muka di dalam kereta Honda Accord yang menggunakan nombor plat palsu yang disewa suspek.

"Kami percaya suspek masuk ke negara ini menggunakan pas lawatan sosial bulan lepas. Mereka direman sehingga Ahad ini dan akan dirujuk kepada pihak imigresen untuk tindakan selanjutnya," katanya kepada pemberita di Pusat Media Ibu Pejabat Polis Kontinjen Selangor di sini, Jumaat.

Thaiveegan berkata sebelum penahanan dibuat, anggota polis yang meronda di kawasan Putra Heights terserempak dengan kedua-dua suspek yang sedang menaiki kereta dalam keadaan mencurigakan.

"Berikutan itu, anggota berkenaan terus menghampiri mereka untuk melakukan pemeriksaan, namun kedua-duanya melarikan diri sebelum berjaya ditahan di Seksyen 28," katanya.

Dalam kes berasingan, beliau berkata lima suspek yang berumur antra 20 hingga 27 tahun ditahan di sekitar Kelana Jaya semalam setelah disyaki terlibat dalam satu kes samun di sebuah rumah di Banting bulan lepas.

Polis turut menemui pelbagai peralatan untuk menyamun seperti sarung tangan dan pemutar skru dari kenderaan Honda Stream yang dinaiki mereka yang juga menggunakan nombor plat palsu.

Thaiveegan berkata dalam kejadian itu, suspek bertindak mengikat penghuni rumah terbabit dan melarikan wang tunai sebanyak RM5,000 beserta barangan kemas.

Sementara itu Timbalan Ketua Jabatan Siasatan Jenayah (Risikan/Operasi) Selangor, ACP Rooslan Radzi berkata polis sedang meneliti rakaman kamera litar tertutup bagi mengenal pasti suspek yang menembak mati seorang mangsa yang sedang minum bersama tiga rakannya di sebuah restoran berhampiran sebuah bank di Jalan Besar Kapar di sini kira-kira 2.20 pagi semalam.

Beliau berkata pihaknya juga akan menghantar peluru yang dijumpai di tempat kejadian ke Jabatan Kimia untuk dianalisis. -BERNAMA

iklan

Video

Isnin, 11 Disember 2017 9:00 AM

#BiziBody : De Fam Kantoi Gambar Selfie

Ahad, 10 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Aziz Harun - Jangan

Jumaat, 8 Disember 2017 10:55 PM

Abam Bocey Malu Manja Dengan Isteri Depan Kamera

Jumaat, 8 Disember 2017 8:15 PM

Malaysia Tak Diam Diri, Terus Bela Nasib Palestin

Jumaat, 8 Disember 2017 2:02 PM

Zarul Husin Takut Tua

Jumaat, 8 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Awi Rafael - Kau Di Hatiku

Khamis, 7 Disember 2017 8:00 PM

Nadzmi Adhwa Dikurung Selepas Kantoi Dadah

Rabu, 6 Disember 2017 2:00 PM

"Makin Ramai Nak Taja Saya" - Wany Hasrita

Kolumnis

iklan

Iklan