Tindakan Terhadap Anggota Polis Hilang Pistol Hanya Selepas Siasatan Selesai

Diterbitkan: Khamis, 15 Ogos 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

SHAH ALAM: Tindakan terhadap seorang Sarjan Mejar polis yang kehilangan sepucuk pistol bersama 15 butir peluru di Seksyen 7 di sini awal pagi Selasa lepas hanya akan diambil setelah siasatan lengkap selesai dijalankan.

Pemangku Ketua Polis Selangor Datuk A.Thaiveegan berkata buat masa ini anggota polis terbabit akan terus bekerja tanpa dibekalkan senjata api.

Beliau juga telah mengarahkan pegawai dan anggotanya untuk menjalankan siasatan dengan cepat dan menyeluruh terhadap kes itu.

"Sehubungan itu, orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai suspek atau senjata api yang dicuri itu diminta menghubungi mana-mana balai polis berhampiran bagi membantu siasatan," katanya di sini Rabu.

Akhbar sebelum ini melaporkan sepucuk pistol dan 15 butir peluru milik anggota polis berumur 48 tahun itu dilarikan oleh pencuri ketika dia tertidur di dalam keretanya di sebuah kawasan perumahan di Seksyen 7 di sini.

Difahamkan, anggota polis itu baru selesai menghadiri pengebumian seorang anggota keluarganya di Klang dan berhenti di kawasan perumahan itu untuk berehat kira-kira pukul 1.45 pagi.

Dia dikatakan menurunkan cermin keretanya sedikit sebelum tidur dan tersedar apabila merasakan sesuatu menggoncang pinggangnya.

Apabila membuka mata, anggota polis itu melihat seorang lelaki menarik keluar pistol separa automatik dari sarung di pinggangnya.

Suspek kemudian melarikan diri dengan menunggang motosikal berwarna merah sebelum sempat anggota polis itu mengambil sebarang tindakan. - BERNAMA

iklan

Video

Khamis, 17 Ogos 2017 3:02 PM

Seksi? Urusan Saya Dengan Tuhan - Zizi Kirana

Khamis, 17 Ogos 2017 12:30 PM

Erma Reda, Jatuh Talak Satu

Khamis, 17 Ogos 2017 9:00 AM

Wak Doyok Kini Bintang Filem

Rabu, 16 Ogos 2017 3:59 PM

Bahaya Tu Abang Oii...

Rabu, 16 Ogos 2017 12:30 PM

“Senyum Je Pada Haters” - Farisha Irish

Selasa, 15 Ogos 2017 3:28 PM

Raysha Rizrose Pemalu, Bukan Sombong!

Selasa, 15 Ogos 2017 11:59 AM

Keluarga 'Control' Hidup Neera Azizi?

Selasa, 15 Ogos 2017 9:00 AM

Abang Long Fadil 2 Telan Belanja RM 3.2 Juta

Kolumnis

iklan

Iklan