Tiga Beradik Hilang Ditemui & Diserahkan Kepada Keluarga

Diterbitkan: Khamis, 15 Ogos 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

IPOH: Tiga beradik berusia enam, lapan dan 11 tahun yang dilaporkan hilang dari rumah mereka di Taman Meru di sini Selasa lepas ditemui selamat di Rawang, Selangor malam Rabu.

Timbalan Ketua Polis Perak Datuk A Paramasivam berkata Syauratul Syafiah Rizauddin, 6, Syahir Syafi, 8, dan Syarafuddin Syazwan, 11, ditemui pada pukul 8.30 malam dan kini berada bersama ibu mereka, Safarela Azwa Ishak, 36.

Ketiga-tiga kanak-kanak itu sebenarnya dibawa oleh ibu dan bapa saudara mereka ke Kuala Lumpur pada pukul 2.30 petang Selasa lepas, katanya kepada pemberita di sini, Khamis.

"Safarela gagal menghubungi saudaranya itu pada hari kejadian namun apabila dapat dihubungi, saudaranya itu menafikan ada kaitan dengan kehilangan kesemua kanak-kanak itu," katanya.

Kehilangan tiga beradik itu disedari oleh ibu mereka selepas pulang dari tempat kerja pukul 6.30 petang Selasa setelah mendapati pintu rumah berkunci, manakala pintu pagar terbuka luas sebelum membuat laporan polis di Balai Polis Jelapang, pada pukul 11.45 malam hari yang sama.

Paramasivam berkata motif saudara Safarela membawa lari tiga beradik itu masih dalam siasatan, namun polis tidak menolak kemungkinan ia berkaitan dengan masalah keluarga.

"Apabila siasatan dijalankan ke atas tiga beradik itu, mereka memberitahu bahawa mereka diminta mengikut pakcik dan makcik ke Kuala Lumpur," katanya.

Beliau berkata siasatan masih dijalankan dan setakat ini tiada tangkapan dilakukan. Beliau berkata kes disiasat mengikut Seksyen 361 Kanun Keseksaan yang boleh dihukum di bawah Seksyen 363 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara sehingga tujuh tahun dan denda.

Sementara itu di KUALA LUMPUR, Timbalan Ketua Polis Daerah Gombak Supt Khoo Leng Huat berkata tiga beradik itu diserahkan kepada bapa mereka Rizauddin Md. Zain, 38, kira-kira 7.50 pagi ini.

"Bapanya juga sudah membuat laporan polis mengenai penemuan semula anaknya itu," katanya ketika dihubungi Bernama.

Beliau berkata kes itu diserah kepada rakan sejawat di Ipoh dan mereka akan mengambil keterangan daripada mangsa dan tindakan selanjutnya. -BERNAMA

iklan

Video

Khamis, 23 November 2017 7:36 PM

Alahai KTM! Bila Isu Tren Tergelincir Nak Selesai?

Khamis, 23 November 2017 4:00 PM

Tatang Bagai Puteri, Tapi Ini Jadinya - Harris Baba

Khamis, 23 November 2017 3:45 PM

Tak Perlu 'FB Live' Anak Berjaya UPSR - Prof Muhaya

Khamis, 23 November 2017 2:32 PM

Bayar 'Ciput', Lepak Sampai Puas

Khamis, 23 November 2017 9:00 AM

Lagu Tak Layak, Ayda Jebat Sekadar Nak Tahu Punca

Rabu, 22 November 2017 7:00 PM

"Saya Sedih, Kecewa Dengan Nabil" - Chef Wan

Selasa, 21 November 2017 5:42 PM

Apa Terjadi Dengan Wartawan mStar?

Selasa, 21 November 2017 2:13 PM

Selepas Setahun Amira Othman 'Tidur'

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Kolumnis

iklan

Iklan