Polis Tahan Lelaki Ugut Sembelih Adik Dengan Pisau

Diterbitkan: Khamis, 15 Ogos 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

BESUT: Polis menahan seorang lelaki yang didakwa mengugut untuk menikam dan menyembelih adiknya hanya kerana berlaku sedikit perselisihan faham.

Lelaki berusia 36 tahun terbabit juga didapati positif dadah dan polis merampas sebilah pisau lipat sepanjang 16.5 sentimeter daripada lelaki itu.

Pemangku Ketua Polis Daerah Besut, DSP Noor Zainy Mohd Noor berkata dalam kejadian pada pukul 12 tengah hari Selasa itu, lelaki terbabit dikatakan bertanya mengenai kehilangan barangnya yang diletakkan di dalam bilik rumah adiknya.

"Bila suspek tidak berpuashati dengan jawapan adiknya, suspek terus menumbuk adiknya yang berusia 30 tahun itu dan berlaku pergelutan hingga menyebabkan suspek mengeluarkan pisau untuk menikam dan menyembelih mangsa," katanya kepada pemberita di sini, Khamis.

Noor Zainy berkata, perbuatan suspek berjaya disekat oleh anggota keluarga yang datang untuk menyuraikan pergaduhan itu. - BERNAMA

iklan

Video

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Jumaat, 15 September 2017 2:00 PM

Cassidy Malu Cakap Melayu?

Jumaat, 15 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Payslip - Semangat Yang Hilang

Khamis, 14 September 2017 4:00 PM

Farida Jalal Mahu Lebih Kolaborasi Malaysia-Bollywood

Khamis, 14 September 2017 9:00 AM

Faye Kusairi Menangis Tonton Diri Sendiri

Kolumnis

iklan

Iklan