Penagih Serang Polis Mati Ditembak

Diterbitkan: Khamis, 15 Ogos 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KINABATANGAN: Seorang warga Indonesia yang dipercayai terbabit dalam kes bunuh bertindak menyerang anggota polis yang cuba menahannya di Kampung Koyah B di sini, Rabu.

Dia yang menyerang dengan pisau kemudiannya ditembak mati dalam kejadian kira-kira pukul 3.30 petang itu.

Lelaki itu dikenali sebagai Andis Tawan, 40, yang juga dipercayai sebagai penagih dadah.

Ketua Polis Daerah Kinabatangan, DSP Martin Lugu berkata, lelaki berkenaan sebelum itu telah menikam seorang lagi warga Indonesia Agus Jamal, 33, hingga mati dalam satu permainan sabung ayam di sebuah majlis perkahwinan di kampung itu pada pukul 1 petang.

"Anggota polis yang menerima laporan dan pergi ke tempat kejadian kemudiannya mengesan suspek yang berada tidak jauh dari tempat permainan sabung ayam itu dan memintanya menyerah diri.

"Namun dia enggan berbuat demikian, malah bertindak menyerang anggota polis yang menyebabkan anggota polis terpaksa melepaskan tembakan.

"Polis turut menemui tiga paket plastik kecil yang disyaki mengandungi syabu dan sarung pisau di dalam beg galasnya," kata Martin ketika dihubungi pada Khamis. - BERNAMA

iklan

Video

Rabu, 22 November 2017 7:00 PM

"Saya Sedih, Kecewa Dengan Nabil" - Chef Wan

Selasa, 21 November 2017 5:42 PM

Apa Terjadi Dengan Wartawan mStar?

Selasa, 21 November 2017 2:13 PM

Selepas Setahun Amira Othman 'Tidur'

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Isnin, 20 November 2017 7:37 PM

Pakatan Dalam Misteri - Tun M

Isnin, 20 November 2017 2:30 PM

Karier Tak Rosak - Fezrul khan

Isnin, 20 November 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nabila Razali Simpan Foto Aedy Ashraf?

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Kolumnis

iklan

Iklan