Pakcik Kelar Anak Buah, Cuba Bunuh Diri Dalam Kuil

Diterbitkan: Khamis, 15 Ogos 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KAJANG: Seorang remaja perempuan berusia 16 tahun dibunuh oleh pakciknya.

Suspek kemudian cuba membunuh dirinya sendiri.

Sebelum insiden malang itu berlaku pada pukul 11.30 pagi, K. Yogiswary sedang membasuh pinggan bersama dengan isteri pakciknya di rumah suspek di Taman Sri Reko.

Menurut laporan awal daripada pihak polis, pakcik mangsa, A.Arndy,59, tiba-tiba menyerang dengan mengacukan sebilah pisau ke leher Yogiswary.

Dia didakwa menarik rambut mangsa dan mengheretnya ke kuil Hindu yang terletak berhadapan dengan rumahnya dan mengelar leher mangsa di sana.

Selepas itu, suspek masuk ke dalam salah sebuah bilik di kuil berkenaan dan mengelar lehernya sendiri.

Anak lelaki suspek, A. Gunasegaran,30 yang menyaksikan kejadian tersebut segera menghubungi pihak polis dan ambulans.

Arndy dikejarkan ke Hospital Serdang untuk menjalani pembedahan, suspek dilaporkan berada dalam keadaan kritikal.

iklan

Video

Khamis, 17 Ogos 2017 12:30 PM

Erma Reda, Jatuh Talak Satu

Khamis, 17 Ogos 2017 9:00 AM

Wak Doyok Kini Bintang Filem

Rabu, 16 Ogos 2017 3:59 PM

Bahaya Tu Abang Oii...

Rabu, 16 Ogos 2017 12:30 PM

“Senyum Je Pada Haters” - Farisha Irish

Selasa, 15 Ogos 2017 3:28 PM

Raysha Rizrose Pemalu, Bukan Sombong!

Selasa, 15 Ogos 2017 11:59 AM

Keluarga 'Control' Hidup Neera Azizi?

Selasa, 15 Ogos 2017 9:00 AM

Abang Long Fadil 2 Telan Belanja RM 3.2 Juta

Isnin, 14 Ogos 2017 12:30 PM

“Mira Filzah Lemah Lembut” - Zizan Razak

Kolumnis

iklan

Iklan