Orang Awam Lindungi Suspek Pembunuhan Pengasas Ambank Boleh Didakwa - Polis

Diterbitkan: Khamis, 15 Ogos 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Polis percaya suspek utama kes pembunuhan pengasas Kumpulan Perbankan Arab Malaysian (AmBank) Hussain Ahmad Najadi masih berada di negara ini.

Sehubungan itu, polis memberi amaran kepada mana-mana pihak atau individu agar tidak melindungi lelaki yang dikenali sebagai Kong Swee Kwan, 44, kerana perbuatan melindungi suspek yang dikehendali polis boleh didakwa mengikut Seksyen 212 Kanun Keseksaan.

"Polis sedang mengumpul maklumat untuk menahan suspek dan kami difahamkan suspek telah mengubah penampilan diri termasuk mencukur misainya," kata Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kuala Lumpur Datuk Ku Chin Wah pada sidang akhbar di sini Rabu.

Suspek utama itu yang sebelum ini dikenali sebagai Sei Ngan Chai atau Ah Chian (nama samaran) diburu polis selepas dipercayai melepaskan tembakan dari jarak dekat terhadap Hussain, 75, dan isteri Chong Mei Kuen, 49, di tempat letak kereta tokong Cina di Lorong Ceylon di sini 29 Julai lepas.

Hussain mati di tempat kejadian selepas terkena dua das tembakan di dada manakala isterinya cedera di pergelangan tangan kiri serta paha kanan.

Ekoran kejadian itu polis menahan empat suspek termasuk dua wanita untuk membantu siasatan kes itu.

Sementara itu pada sidang akhbar sama, Ku berkata lapan lelaki yang direman kerana mendakwa mereka pewaris sah Yang di-Pertuan Agong akan dirujuk kepada Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan.

Beliau berkata berdasarkan siasatan polis Kumpulan yang mendakwa mereka anggota Kumpulan Panji Hitam Dari Timur Empayar Langkasuka Nusantara tidak memberi ancaman kepada keselamatan negara sebaliknya lebih kepada kumpulan ajaran sesat.

"Sebaik tamat reman Sabtu ini, kesemua mereka akan dirujuk pada jabatan agama," katanya.

Dalam kejadian 5 Ogos lepas, 10 suspek termasuk seorang wanita dan kanak-kanak berpakaian serba hitam ditahan polis sebaik tiba di kawasan istana pada 4.10 pagi.

Ekoran kejadian itu lapan lelaki termasuk ketua kumpulan yang berumur 40 tahun direman selama seminggu manakala seorang wanita berusia 52 tahun yang merupakan isteri kepada ketua kumpulan itu serta anak perempuan mereka berumur 11 tahun direman dua hari. - BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan