Lelaki Maut Ditembak Ketika Minum Bersama Rakan di Klang

Diterbitkan: Khamis, 15 Ogos 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KLANG: Seorang lelaki yang sedang minum bersama tiga rakannya di sebuah restoran berhampiran sebuah bank di Jalan Besar Kapar di sini, maut selepas ditembak dari jarak kira-kira tiga meter pada 2.20 pagi Khamis.

Timbalan Ketua Polis Daerah Klang Utara Supt Jani Ahmad berkata siasatan awal mendapati mangsa S. Sambhath, 27, dan rakannya kemudian dihampiri dua lelaki yang menaiki sebuah motosikal jenis Yamaha 125z.

"Lelaki yang membonceng motosikal itu turun dan secara tiba-tiba mengeluarkan pistol dari pinggang dan melepaskan tembakan ke arah mangsa dan rakan-rakannya, menyebabkan mereka bertempiaran menyelamatkan diri. "Suspek kemudian menaiki semula motosikal bersama rakannya dan melarikan diri," katanya kepada pemberita di sini.

Beliau berkata tembakan berkenaan dipercayai mengenai pipi dan dada Sambhath dan mangsa meninggal dunia ketika dalam perjalanan ke hospital.

Jani berkata tiga lagi rakan mangsa bagaimanapun tidak mengalami sebarang kecederaan.

"Kita masih menyiasat motif kejadian dan kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan dan juga Akta Senjata Api," katanya.

Beliau berkata orang ramai yang menyaksikan kejadian itu serta mempunyai maklumat diminta menghubungi balai polis berhampiran bagi membantu siasatan. -BERNAMA

iklan

Video

Isnin, 23 Oktober 2017 5:54 PM

Adam, Ezlynn Tuduh Menuduh! Mana Satu Betul?

Isnin, 23 Oktober 2017 4:10 PM

Kiriman Akhir Sebelum Karam

Isnin, 23 Oktober 2017 2:30 PM

Mona Bukan Kehidupan Saya - Shahir

Isnin, 23 Oktober 2017 1:31 PM

Tragedi Tanah Runtuh: Semua Mayat Dijumpai

Isnin, 23 Oktober 2017 9:00 AM

#BiziBody: Aizat Amdan Tak Lupa Dua Benda Ini!

Jumaat, 20 Oktober 2017 2:30 PM

Umur Dah Lanjut Pun Nak Menyanyi Lagi?

Jumaat, 20 Oktober 2017 9:00 AM

#akuStar: Irfan Haris - Pesan

Jumaat, 20 Oktober 2017 8:30 AM

Donut Untuk Sang Hero

Khamis, 19 Oktober 2017 1:00 PM

Lebih Baik Jual Album Sendiri - Firman

Khamis, 19 Oktober 2017 8:30 AM

Keringat Wanita Waja

Kolumnis

iklan

Iklan