Fotofit Suspek Kes Tembakan di Kuantan Diedar

Diterbitkan: Khamis, 15 Ogos 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUANTAN: Polis telah mengedarkan fotofit seorang suspek yang dipercayai terbabit dalam kejadian seorang wanita nyaris ditembak di Jalan Haji Ahmad di sini Selasa lepas.

Ketua Polis Daerah Kuantan, ACP Mohd Jasmani Yusoff berharap menerusi fotofit itu, orang ramai dapat membantu pihak polis bagi mengesan suspek.

Dalam kejadian pukul 4 pagi itu, suspek yang dipercayai berusia 20-an dipercayai cuba menyamun mangsa iaitu Ruzelawati Basri, 35, seorang peniaga cermin mata di Kuantan.

Sebelum itu mangsa dilapor telah memberhentikan kenderaan pelbagai gunanya di hadapan sebuah restoran di jalan tersebut dan membuat panggilan telefon apabila dia didatangi sebuah kereta berwarna biru gelap di mana seorang lelaki turut keluar daripada kenderaan tersebut.

Lelaki tersebut sambil memegang sepucuk pistol mengetuk cermin kereta mangsa dan mengarahkannya keluar.

Namun mangsa yang beralamat di Presint 9, Putrajaya terus memecut keretanya sebelum berhenti berhampiran sebuah restoran lain yang terletak kira-kira 200 meter dari situ.

Siasatan awal polis mendapati terdapat satu kesan tembakan di pintu hadapan kiri kereta mangsa. - BERNAMA

iklan

Video

Selasa, 26 September 2017 2:30 PM

“Tiada Yang Melampau Pun” – Dayana Roza

Selasa, 26 September 2017 10:30 AM

Bakat Namron Ditidakkan?

Selasa, 26 September 2017 7:16 AM

Inilah Fesyen Artis Sempena FFM29

Isnin, 25 September 2017 2:24 PM

Bersama Abby Adalah Momen Indah - Memey

Isnin, 25 September 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nadia Brian Bawa 'Beg Doraemon'

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Kolumnis

iklan

Iklan