Rumah Panjang 40 Pintu Dekat Sibu Musnah Dalam Kebakaran

Diterbitkan: Rabu, 14 Ogos 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

SIBU: Kebakaran yang berlaku tengah hari Rabu memusnahkan sebuah rumah panjang 40 pintu, Rh.Das anak Jerman, di Stapang kira-kira 48 kilometer dari sini.

Menurut seorang pegawai Jabatan Bomba dan Penyelamat Sungai Merah, Mutton Gelanggang, 18 anggota dari Balai Bomba Sungai Merah dan Balai Bomba Jalan Central berserta dua jentera bergegas ke lokasi selepas menerima panggilan pada 1.44 tengah hari Rabu.

Beliau berkata kumpulan pertama dari balai Sungai Merah tiba di tempat kejadian pada 2.25 petang dan dengan disertai kumpulan kedua, mereka berjaya mengawal api daripada merebak kira-kira 4.15 petang, bagaimanapun rumah panjang yang dibina daripada papan itu musnah sama sekali.

Katanya kebakaran dipercayai bermula dari dapur sebuah daripada unit keluarga. Tiada kemalangan jiwa dilaporkan.

Ini kali kedua rumah panjang di sini musnah akibat kebakaran bulan ini.

Pada 1 Ogos, 10 keluarga hilang tempat tinggal dalam kebakaran di rumah panjang Rh Franky Bawok di Rantau Panjang kira-kira 22 kilometer dari sini. - BERNAMA

iklan

Video

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Jumaat, 15 September 2017 2:00 PM

Cassidy Malu Cakap Melayu?

Kolumnis

iklan

Iklan