Polis Percaya Pemilik Restoran Nasi Kukus Ditembak Dari Jarak Jauh

Diterbitkan: Rabu, 14 Ogos 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA TERENGGANU: Polis percaya pemilik restoran nasi kukus di Dungun, yang ditemui mati di hadapan kedai makan miliknya pada Selasa, ditembak dari jarak jauh.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Terengganu ACP K. Manoharan berkata, setakat ini polis telah mengambil keterangan daripada anggota keluarga dan pekerja pemilik restoran itu.

"Daripada keterangan yang diambil, tidak ada seorang pun yang melihat atau mendengar tembakan dilepaskan," katanya kepada pemberita di sini, Rabu.

Dalam kejadian awal pagi Selasa, mayat pemilik restoran nasi kukus di Kampung Cacar, Mohamad Lutpi Mansor, 50, ditemui dalam keadaan tertiarap dan berlumuran darah dengan dua kesan tembakan di dada dan bahu, di tempat letak kereta di hadapan restorannya pada pukul 7.30 pagi.

Mohamad Lutpi dikatakan keluar pada pukul 4.30 pagi untuk memasukkan duit hasil perniagaannya di bank.

Manoharan berkata, polis Terengganu juga menubuhkan unit khas yang diketuai beliau untuk menyiasat kes itu.

"Kami telah menemui beberapa petunjuk positif berhubung kejadian itu," katanya.

Beliau berkata, polis juga percaya ada individu yang boleh memberikan maklumat kepada polis mengenai kejadian itu memandangkan ia berlaku berhampiran jalan utama.

Sehubungan itu, beliau sekali lagi meminta orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai kejadian itu supaya menghubungi balai polis berhampiran bagi membantu siasatan.

Manoharan berkata, dua butir peluru yang dikeluarkan daripada badan mangsa dalam proses bedah siasat pada Selasa telah dihantar ke Unit Forensik Maktab Cheras untuk mengesahkan jenis senjata yang diguna. - BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan