Polis Buru Dua Lagi Lelaki Disyaki Anggota Geng 08 Vinod

Diterbitkan: Rabu, 14 Ogos 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Polis kini menggiatkan gerakan memburu dua lelaki disyaki anggota 'Geng 08 Vinod' yang bolos daripada tangkapan polis ketika dikejar kereta peronda di Jalan Ipoh di sini awal pagi Selasa.

Dua suspek itu R. Lachumanan atau lebih dikenali sebagai Murali, 27, dan S. Sathiyanathan, 21, adalah antara lima lelaki yang disyaki terlibat dalam beberapa kes samun dan curi kereta di sekitar Lembah Klang sejak setahun lepas.

"Hasil risikan, polis mendapat maklumat mengenai trak Mitsubishi Triton yang dinaiki lima lelaki terbabit pada pukul 1.40 pagi di Selayang dan polis berjaya mengesan kenderaan itu di Batu Caves," kata Ketua Polis Daerah Gombak ACP Abdul Rahim Abdullah.

Beliau berkata polis mengejar kenderaan dinaiki suspek sejauh kira-kira 30 kilometer sehingga ke kawasan Rawang dan berpatah balik ke Selayang hingga di persimpangan Lebuh Raya Latar (Lebuh Raya Kuala Lumpur-Kuala Selangor).

"Suspek melepaskan satu das tembakan ke arah kereta peronda polis namun tersasar. Polis terus mengejar suspek hingga ke Jalan Ipoh namun trak mereka menghimpit kereta peronda polis sehingga terbabas," katanya.

Abdul Rahim berkata kelima-lima lelaki terbabit meloloskan diri daripada polis, tetapi tiga daripada mereka yang berusia antara 22 dan 26 tahun, termasuk ketua kumpulan itu berjaya ditahan dalam serbuan di sebuah unit pangsapuri di Taman Pinggiran Batu Caves pada 4.19 pagi Selasa.

Ketiga-tiga mereka kini direman sehingga 19 Ogos, katanya dan meminta orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai dua lagi lelaki yang diburu itu tampil atau hubungi balai polis berhampiran untuk membantu siasatan.

"Kami akan teruskan pencarian berpandukan risikan polis, mereka semua dah cari tempat persembunyian baharu disebabkan kawan-kawan mereka sudah ditahan," katanya. - BERNAMA

iklan

Video

Selasa, 21 November 2017 5:42 PM

Apa Terjadi Dengan Wartawan mStar?

Selasa, 21 November 2017 2:13 PM

Selepas Setahun Amira Othman 'Tidur'

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Isnin, 20 November 2017 7:37 PM

Pakatan Dalam Misteri - Tun M

Isnin, 20 November 2017 2:30 PM

Karier Tak Rosak - Fezrul khan

Isnin, 20 November 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nabila Razali Simpan Foto Aedy Ashraf?

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Kolumnis

iklan

Iklan