Jurukimpal Maut Dipukul Di Kuala Terengganu

Diterbitkan: Rabu, 14 Ogos 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA TERENGGANU: Seorang jurukimpal maut selepas lima hari dirawat di Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ) akibat dipukul sekumpulan lelaki di Kampung Pak Katak di sini.

Mohd Azrul Ali, 25, disahkan mati pada pukul 5.15 petang Selasa akibat kecederaan parah di kepala.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Terengganu ACP K. Manoharan berkata jurukimpal itu dipukul sekumpulan lelaki kira-kira pukul 4 pagi Khamis lepas ketika dia bersama sekumpulan rakannya menunggang motosikal melalui kawasan itu.

"Satu kumpulan motosikal yang lain menghampiri mereka dan secara tiba-tiba ada individu tidak diketahui dari arah mana membaling mercun ke arah kumpulan motosikal itu.

"Tidak puas hati dengan kejadian itu, kumpulan motosikal terbabit menyerang dan memukul mangsa kerana menyangkakan kumpulan mangsa yang membaling mercun itu," katanya ketika ditemui di sini Rabu.

Beliau berkata polis percaya mangsa diserang dan dipukul beramai-ramai menggunakan topi keledar.

Sehubungan itu, Manoharan berkata polis menahan 15 individu terdiri daripada kedua-dua kumpulan motosikal itu untuk membantu siasatan.

"Kesemua lelaki yang berumur antara 18 dan 25 tahun itu ditahan di sekitar Kuala Terengganu bermula Selasa," katanya.

Orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai kejadian itu diminta tampil atau menghubungi balai polis berhampiran untuk membantu siasatan. - BERNAMA

iklan

Video

Isnin, 23 Oktober 2017 5:54 PM

Adam, Ezlynn Tuduh Menuduh! Mana Satu Betul?

Isnin, 23 Oktober 2017 4:10 PM

Kiriman Akhir Sebelum Karam

Isnin, 23 Oktober 2017 2:30 PM

Mona Bukan Kehidupan Saya - Shahir

Isnin, 23 Oktober 2017 1:31 PM

Tragedi Tanah Runtuh: Semua Mayat Dijumpai

Isnin, 23 Oktober 2017 9:00 AM

#BiziBody: Aizat Amdan Tak Lupa Dua Benda Ini!

Jumaat, 20 Oktober 2017 2:30 PM

Umur Dah Lanjut Pun Nak Menyanyi Lagi?

Jumaat, 20 Oktober 2017 9:00 AM

#akuStar: Irfan Haris - Pesan

Jumaat, 20 Oktober 2017 8:30 AM

Donut Untuk Sang Hero

Khamis, 19 Oktober 2017 1:00 PM

Lebih Baik Jual Album Sendiri - Firman

Khamis, 19 Oktober 2017 8:30 AM

Keringat Wanita Waja

Kolumnis

iklan

Iklan